[VIDEO] “Dia bantu aku,” Mila Jirin Menangis Baca Berita PM Muhyiddin Letak Jawatan

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita yang tidak disangka. Kali ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Rentetan daripada itu, penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin berkongsi rasa sebak dan pilu dengan berita perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin di akaun Instagram miliknya.

Dia telah memuat naik satu video berdurasi 44 saat dan meluahkan perasaan sedihnya tentang berkara itu.

Kata Mila dia tidak pernah merasa sesedih itu sebelum ini, namun ia mungkin disebabkan Tan Sri Muhyiddin Yasin pernah membantunya. Dia juga turut mendoakan kesajahteraan Malaysia selepas ini dan Malaysia berjaya melawan wabak pandemik ini.

“Aku tak tau kenapa aku rasa sedih. Aku tak pernah pun sedih bila perdana menteri nak letak jawatan sebelum ni. Tapi mungkin sebab dia bantu aku.

InsyaAllah aku doa sangat moga Allah mudahkan urusan semua orang kat Malaysia ni. Angkatlah Cvid-19 ni dan jauhi lah Ya Allah. InsyaAllah kita bergantung harap kepada Allah. Kita ada Allah.

Jangan kita bergantung harap pada manusia. Sorry lah kawan-kawan emosi pula. Jaga diri ya, insyaAllah Allah lindung kita semua.”

Video tersebut telah meraih lebih kurang 200 ribu tontonan sehingga dikongsi oleh netizen di laman Twitter.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Terdahulu, Mila ada berkongsi di media sosialnya mengenai jasa Muhyiddin yang membantu meringankan bebannya sebagai usahawan.

“Dari sudut pandang saya rakyat marhaen tidak extreme politik. BANYAK JASA PM dalam menangani wabak C19 dan bantuan kepada kami rakyat marhaen.

“Saya antara penerima subsidi upah. Subsidi upah yang amat banyak membantu syarikat dalam membayar gaji pekerja. Lingkungan RM76K/Month bagi fasa pkp 1.0 dan RM38K bagi fasa seterusnya hingga sekarang.

“Subsidi upah banyak bantu saya dalam kelangsungan saya membayar gaji pekerja dan menstabilkan aliran tunai yang sangat terjejas.

“Para pekerja saya pun ramai yang dapat BPR. ALHAMDULILLAH …. Syukur saya pada Allah.

“Saya selalu detikkan dalam hati. Ini BANTUAN ALLAH kepada kita semua melalui hambanya.

“Jika tak Allah yang detikkan hati manusia untuk membuat keputusan…Semua tak berlaku..

“Cuma semalam agak sedih membaca tulisan di beberapa media utama desas desus yang bakal berlaku…Dan pengesahan pengumuman pada Isnin (Esok) oleh PM

“Saya bukanlah extreme politik. Tak dinafikan saya antara rakyat yang sangat rimas membaca pergolakkan politik.

“Saya juga sedih melihat komentar yang ditulis warganet di media social berkenaan PM atau POLITIK lain… Ada yang sanggup mengeluarkan kata kata yang tidak baik…

“Jangan lah kita seperti orang yang melupakan jasa.

“Tolak tepi extreme politik anda…Beradab dalam berkata kata dan kenang jasa dan bantuan yang telah diterima.

“Kita rakyat marhaen hanya melihat dari kejauhan…Kita baca, kita dengar, kita lihat…

“Kadang kadang yang kita dengar belum tentu benar, yang kita lihat belum tentu tepat dan yang kita baca belum tentu sahih…

“Walauapa pun yang bakal berlaku…Saya nak ucapkan TERIMA KASIH PERDANA MENTERI Tan Sri @muhyiddinyassin_official diatas keprihatinan yang telah diberikan kepada kami rakyat Marhaen…

“Hanya Allah membalas jasa Tan Sri dalam menguruskan negara berdepan pandemik hebat ini.

“Sesungguhnya semua yang berlaku atas keizinan Allah yang maha esa. Moga semua rakyat Malaysia dilindungi Allah dan wabak c19 ini lesap dari bumi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750