[VIDEO] Dihalau Dari Rumah Hasil Titik Peluh Sendiri, Wanita Sebak Suami Kahwin Lain

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya akan berusaha keras mengumpul harta bersama untuk masa hadapan.

Namun siapa tahu hubungan suami isteri yang dulunya bahagia kini hancur musnah hanya kerana kehadiran orang ketiga.

Kehadiran orang ketiga rampas kebahagiaan wanita ini

Bahkan bukan sahaja merampas kebahagiaan orang lain malah sanggup mengambil harta sepencarian suami isteri itu.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita di Indonesia ini apabila dia dihalau dari rumahnya sendiri oleh selepas suaminya berkahwin lain.

Suami berkahwin lain dan wanita ini dihalau dari rumahnya sendiri

Luluhnya hati seorang isteri sudahlah mengetahui suaminya sudah berkahwin lain, dan dihalau pula dari rumah.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, kelihatan wanita malang itu sedang merakam persekitaran rumah yang akan ditinggalkannya selepas di halau oleh isteri baru suaminya itu.

Ini isterinya, perampas suami saya

Wanita tersebut juga menceritakan perkara yang berlaku sambil merakam ruangan bilik tidur dan ruang tamu rumahnya dengan nada yang sebak.

“Ini isterinya, perampas suami saya. Dia menghalau saya dari rumah ini.”

Rumah ini dibeli dengan titik peluh wanita ini berniaga menjual makanan

Menurut wanita ini lagi, rumahnya itu dibeli daripada hasil titik peluhnya berniaga selama tiga tahun menjual makanan.

Siapa sangka rumah yang diidamkan hidup bersama suami tercinta akhirnya dirampas oleh orang ketiga tanpa ada perasaan.

Perkahwinan yang dibina selama 16 tahun adalah mimpi buruk 

Tambah wanita itu, dihalau oleh kerana dikatakan curang oleh suaminya sebaliknya suaminya yang dahulu berkahwin sebulan yang lalu tanpa pengetahuannya.

Justeru, alam perkahwinan yang dibina selama 16 tahun itu adalah mimpi buruk dalam hidupnya katanya.

Alasan saya curang sedangkan dia telah berkahwin lain 

“Alasannya dia menghalau saya keluar dari rumah kerana mengatakan bahawa saya curang, sedangkan dia yang sudah berkahwin baru sejak sebulan lalu. Selama 16 tahun saya dilakukan sebegini.” katanya menahan sebak.

Pakaian dan barang-barangnya turut digunakan isteri baru suaminya

Lebih menyakitkan, dia menunjukkan semua peralatan dan pakaiannya telah digunakan oleh isteri baru suaminya.

Malah, wanita tersebut sedikit pun tidak mengendahkan dirinya di dalam video tersebut.

Wanita ini mohon doa orang ramai agar dia kuat dan tabah

Walau bagaimanapun, wanita itu memohon doa orang ramai agar mendoakan dia sentiasa kuat dan tabah menghadapi ujian itu dan dapat menuntut haknya semula sebagai seorang isteri yang teraniaya.

Perkongsian wanita itu telah mendapat simpati daripada netizen kerana diperlakukan seperti itu oleh suaminya dan rata-rata mereka turut mendoakan wanita itu.

Netizen titip doa semoga rezeki ibu melimpah, sihat selalu dan 

“16 thn berumah tangga, sudah selesai semuanya lalu ada orang ketiga. Astaghfirullah. jadi rosak semuanya.”

“Saya tak tahu kebenarannya macam mana, yang pasti semoga ibu kuat dan mendapat rezeki yang melimpah, sihat selalu dan Allah menggantikan semua kepayahan yang dilalui dengan kebahagiaan selamanya, Aminn.” netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Insta Julid (@insta_julid)

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750