[VIDEO] Dihantam Buat Lawak Luc4h ‘Parut Kelapa’, Shuib Sepahtu Akhinya Buka Mulut

Semalam seorang pendakwah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memberikan respon terhadap seorang pelawak tempatan yang ‘dipercayai’ menggunakan aksi-aksi yang mempunyai doublemeaning dan berunsur luc4h.

“Ni apa punya jijik lawak yang kau buat?!! Depan audiens? Gelak-gelak? Live? Ditonton seisi keluarga di rumah? Mana akal?”

 

Difahamkan program tersebut merupakan salah satu program keluaran satu televisyen swasta yang berunsurkan lawak.

Namun, tindakan pelawak itu seolah-olah memberikan maksud yang lain apabila dia sedang mengukur kelapa menggunakan mesin tersebut.

Jika salah ditafsirkan tindakan pelawak itu disamakan dengan perbuatan ‘on4ni’.

Tambahan pula, ekspresi muka pelawak itu secara tidak langsung menambahkan elemen luc4h dan mukanya menggambarkan sedang ‘puas’ melakukan perkara itu.

Malahan, Akhi mengganggap lawak yang cuba disampaikan kepada penonton adalah sangat tidak wajar kerana ia ditonton oleh jutaan manusia.

Jika perkara ini diteruskan, ia secara tidak langsung akan menjadi normal dan sebati dalam kalangan masyarakat.

Menerusi satu mesej yang diterima oleh Akhi, menceritakan pengalaman seorang guru yang berdepan dengan para pelajar yang sudah terikut akan lawak-lawak luc4h yang dipaparkan menerusi rancangan televisyen.

Tambahan pula, perkara tersebut adalah sangat sensitif bagi para pelajar sekolah yang masih bawah umur. Tidak berakhir di situ, penggunaan bahasa-bahasa ‘moden’ ini juga sudah mula sebati dalam percakapan seharian mereka.

Susulan daripada isu tersebut Shuib tampil membuat permohon maaf menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya.

Shuib mengakui kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud apa-apa dan hanya membuat lawak sahaja. Dia tidak sangka lawak tersebut dikecam netizen kerana ada unsur yang dipercayai kurang disenangi.

“Ada satu babak saya buat memarut kelapa, di sini saya dengan rendah diri nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati… Saya tidak bermaksud apa-apa semasa melakukan babak tersebut. Sekali lagi saya minta dan tidak mengulangi kesilapan itu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)