[VIDEO] “Don’t Cry Asad!” As’ad Motawh Menangis Menghayati Lagu Justin Bieber, Peminat Turut Tersentuh

Pernah digelar ‘Justin Bieber Malaysia’, penyanyi BBNU As’ad Motawh sering menjadi sebutan dan perhatian para remaja yang menggilai dirinya dek kerana wajah yang kacak seakan penyanyi antarabangsa itu. Sekian lama tidak mendengar khabar, As’ad Motawh kini tampil dengan cover lagu baharu daripada Justin Bieber dengan Lagu Lonely. Penyanyi lagu Senyum itu juga turut memuat naik [...]

Pernah digelar ‘Justin Bieber Malaysia’, penyanyi BBNU As’ad Motawh sering menjadi sebutan dan perhatian para remaja yang menggilai dirinya dek kerana wajah yang kacak seakan penyanyi antarabangsa itu.

Sekian lama tidak mendengar khabar, As’ad Motawh kini tampil dengan cover lagu baharu daripada Justin Bieber dengan Lagu Lonely.

Penyanyi lagu Senyum itu juga turut memuat naik teaser cover lagu itu di laman sosial Instagram, memberitahu pengikutnya bahawa lagu tersebut sudah boleh ditonton di Youtube rasmi miliknya.

Melihat di dalam cover lagu itu, As’ad dilihat sangat menghayati dan menangis ketika menyampaikan lagu berkenaan sehingga pengikutnya turut tersentuh melihat dirinya menangis.

Dalam pada itu, perkembangan terbaru, As’ad dikhabarkan mengalami kecederaan pada kakinya kerana tersepak besi ketika bermain futsal, perkara itu disahkan oleh ibunya Dato’ Yustita Sidi J Aldjabbar di laman sosial Instagram miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.