[VIDEO] “Dulu I Pernah Fikir Benda Ni Propa” – Michael Ang

Mendedahkan dirinya merupakan salah seorang kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar yang kini telah disahkan positif COVID-19, pengarah tersohor tanah air, Michael Ang akui bergegas ke hospital swasta di Damansara untuk menjalani ujian saringan wabak berkenaan. Namun begitu, Michael yang sebelum ini pernah bertemu dengan Alif di sebuah cafe pada 11 November lalu, kini seakan [...]

Pengarah tersohor tanah air, Michael Ang mendedahkan dirinya merupakan salah seorang kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar yang kini telah disahkan positif COVID-19, mengakui bergegas ke hospital swasta di Damansara untuk menjalani ujian saringan wabak berkenaan.

Namun begitu, Michael yang sebelum ini pernah bertemu dengan Alif di sebuah cafe pada 11 November lalu, kini seakan mampu menghembus nafas lega apabila keputusan yang diperolehnya semalam membuktikan bahawa beliau kini disahkan negatif daripada wabak merbahaya itu.Perkara itu dikongsi sendiri oleh Michael menerusi sebuah video panjang yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Michael Ang Baru Sedar COVID-19 Adalah Benar

Dalam pada itu, Michael juga memaklumkan kepada umum bahawa sebelum ini beliau khabarnya bersikap skeptikal terhadap wabak berkenaan.Hal ini demikian kerana, beliau sendiri akui tidak mempunyai kenalan rapat yang dijangkiti.

Michael Ang Baru Sedar COVID-19 Adalah Benar
Michael Ang Baru Sedar COVID-19 Adalah Benar

“Pesanan saya kepada semua yang menonton video ini, this covid is real! Sebelum ini I sendiri ada perasaan ragu-ragu kononnya I kebal takkan kena covid, malah baru-baru ini I ada berbual dengan seorang kawan tentang benda ni. Disebabkan kita tak ada orang yang dekat dengan kita kena benda ni, jadi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya benda ni.”Bagaimanapun, Michael yang sempat menitip pesanan supaya masyarakat sentiasa peka dan mengambil serius tentang virus tersebut akui segalanya kini seakan berubah selepas wujud kenalannya dijangkiti virus tersebut.

Michael Ang Baru Sedar COVID-19 Adalah Benar

“Sampai terfikir entah-entah semua ini ‘propa’…Tapi bila orang terdekat dengan kita sendiri dah disahkan positif barulah sedar diri yang benda ni real. Jadi kepada anda semua, tolonglah berhati-hati, ikut SOP, buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya. This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena..Hati-hati dan kekal selamat untuk diri sendiri dan orang tersayang.”Sementara itu, di ruangan kapsyen Michael yang kini telah bergelar saudara muslim itu dilihat tidak ketinggalan memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat Alif Satar.

Michael Ang Baru Sedar COVID-19 Adalah Benar

Untuk rekod, Alif pada Ahad lalu memaklumkan kepada umum bahawa dirinya disahkan positif.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Namun, dalam entri terbaru sebentar tadi, beliau kini tampil menyatakan berita gembira apabila isteri dan anak-anaknya selamat dan tidak dijangkiti wabak tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.