[VIDEO] “Fasih dan senang faham,” Wanita Cina Ini Review Van Jenaz4h Tarik Perhatian Netizen

Pada era yang serba moden ini, pasti ramai yang berkongsi apa sahaja di media sosial sama ada rutin harian, nasihat, tips malah ramai yang mempromosikan jualan di media sosial lebih-lebih lagi di aplikasi Tiktok yang kini sangat digemari orang ramai dari pelbagai golongan.

Baru-baru ini tular tentang seorang wanita berbangsa cina yang juga seorang jurujual Toyota telah membuat ulasan sebuah MPV model Toyota Hiace yang telah diubah suai menjadi van jenaz4h menjadi luas dan selesa.

Menurut wanita itu, van yang telah diubah suai menjadi van jenaz4h itu sangat selesa untuk pemandu dan juga penumpang yang menaikinya. Tidak hanya itu, bumbung van tersebut juga telah diubah suai menjadi lebih tinggi.

Malah van jenaz4h tersebut dilengkapi dengan almari penyimpanan barang, tiga kerusi penumpang belakang, alat pemadam api yang kecil di bawah kerusi penumpang serta lampu spotlight bagi memudahkan kerja pengurusan jenaz4h pada waktu malam dan gelap.

“Atas belakang kita ada sediakan spotlight, boleh on off jangan risau.”

“Bawah dia kita ada almari untuk simpang barang, lepas tu van jenaz4h ini ada tiga kerusi di belakang bersama dua alat pemadam api,” katanya.

Tambahnya, platform meletakkan keranda turut disediakan untuk memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan jenaz4h.

“Ketinggian pula macam saiz saya, 162 cm,” katanya.

Di samping itu, wanita cina tersebut turut menjelaskan tentang penghawa dingin bagi keselesaan para penumpang serta di bahagian kiri dan kanan van jenaz4h tersebut mempunyai cermin yang boleh dibuka samada separuh mahupun sepenuhnya.

Begitu juga cermin yang terletak di tengah-tengah antara penumpang hadapan dan belakang yang boleh dibuka bagi memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Susulan dari perkongsian wanita itu, rata-rata netizen teruja melihat penjelasan yang mudah difahami dengan intonasi yang lembut itu malah ramai juga yang turut memuji wanita cina itu kerana menghormati agama lain

“First time ni aku tengok salesman review ulas kondisi van jenaz4h, terbaiklah”.

“Terima kasih Lisa, pengalaman baru juga tengok video macam ni”.

“Fasih dan senang faham, jadi tertarik pula tengok van jenaz4h”

“Tersentuh hati aku bila dia cakap, suatu hari kita akan naik juga, sumpah terkesan. Dia yang bukan islam pun berlapik cakap.”

Video tular di laman Tiktok

@lisa.toyota Van Jenazah bumbung tinggi 😲👻 #hiacemalaysia #toyotaipoh #toyotamalaysia #tribe769 #sahabatbosskay #legacysahabattiktok #FeelTheHIITSubwayMY ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

 

Kredit: YOY Network