[VIDEO] Gadis Nekad Lompat Keluar Dari Myvi Bergerak Didakwa Gaduh Dengan Kekasih

Tular satu rakaman dashcam seorang gadis tercampak daripada Myvi semasa kereta tersebut masih bergerak semalam.

Difahamkan, insiden itu berlaku semasa kenderaan tersebut mahu mengambil simpang kanan jalan di sekitar kawasan UNISEL Seksyen 7, Shah Alam.

Menerusi rakaman dashcam terbabit, kejadian yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang itu menunjukkan sebuah Myvi secara tiba-tiba membuka lampu hazard apabila menghampiri lampu isyarat.

Walau bagaimanapun, tidak semena-mena pintu kiri Myvi itu terbuka lalu seorang gadis secara tiba-tiba tercampak keluar daripada kereta yang masih lagi dalam keadaan bergerak.

Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan pemandu berserta penumpang yang merakam video ini sangat terkejut sehingga bertukar loghat Terengganu selepas melihat kejadian terjadi di hadapan mereka.

Video ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada di antara pemandu Myvi dan gadis tersebut.

“Kalau dh sampai sanggup keluar kereta dgn cara mcm ni,mgkn ada sesuatu cerita yg blh tahan besar d sebalik tabir..”

“Ni mesti gaduh lps tu pompuan tu nak terus keluar tanpa fikir keselamatan,lebih penting kan ego, pompuan ego lg tinggi dari laki”

“Selalu sngt perempuan dh tk boleh menang kompom ugut …aku pengalaman mcm ni la lepas tu aku pulak kene tuduh …ha tepuk drama Queen,”

“Laki bini tengah gado kat dalam kereta.. bini bila dah kalah dalam berdebat dengan suami ,dia buka pinttu terjun..lepas itu suami pujuk minta maaf.. macam² gila la ada kat dunia ini..perkara macam ini pernah aku lalui 5tahun lepas semasa bini mengandung 4 bulan,”

Ramai yang risau jika gadis itu terjatuh di tengah jalan sudah pasti dia akan berisiko untuk dilanggar oleh kenderaan yang sedang lalu bersebelahan kederaan mereka.

Setelah terjatuh di atas jalan raya, dashcam belakang menunjukkan gadis itu melintas menuju ke seberang jalan begitu sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam pada itu, netizen turut mengecam tindakan kedua-dua pemandu dan penumpang Myvi itu kerana ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Semasa artikel ini ditulis, video rakaman kejadian tersebut masih hangat dikongsikan orang ramai dan menjadi bualan sesama netizen.

Malah, rata-rata netizen meminta pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut kerana tindakan pemandu dan penumpang Myvi tersebut dilihat jelas membahayakan pengguna jalan raya lain.

Video dashcam tular di laman Facebook