[VIDEO] Geng Honda Civic Potong Treler & Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain Buat Netizen Bengang

Kes kecelakaan jalan raya di negara kita ini sering menjadi berita utama di dada akhbar.

Manakan tidak, bukan sahaja kes pemandu mabuk dan faktor jalan raya namun ada juga segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Antara pengguna yang tidak bertanggungjawab seperti mereka yang memandu secara berbahaya dan sengaja mendatangkan kemungkinan untuk berlakunya kemalangan.

Sekumpulan geng Honda Civid konvoi undang bahaya

Sikap tidak prihatin di atas jalan raya ini yang membuatkan kes kemalangan semakin meningkat saban hari.

Begitu juga seperti satu rakaman video dashcam lama yang dimuatnaik semula baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan geng Honda Civic berkonvoi beramai-ramai dan lebih teruk lagi, cara pemanduan mereka mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan laluan tersebut ketika waktu itu.

Potong lori treler di kawasan selekoh

Dalam video berkenaan, sepuluh buah Honda Civic telah memotong lori treler secara berbahaya di kawasan selekoh dan di atas double line sehingga masuk ke laluan bertentangan.

Menyelit kerana mahu mengejar rakan-rakan konvoi

Apa yang membuatkan netizen naik angin, kereta Honda Civic yang ke-11 yang tercicir dibelakang turut menghimpit sebuah Honda Jazz yang berada di belakang lori treler.

Malah, kereta tersebut menyelit di antara kereta yang merakam video dengan lori treler semata-mata mahu mengejar rakan-rakan konvoi yang lain.

Ramai netizen luah perasaan marah dengan tindakan itu

Oleh kerana video tersebut tular dan mendapat perhatian warga netizen kerana aksi lagak berani mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pendapat dan ada juga meluahkan perasaaan marah akan tindakan mereka.

Jika mahu tunjuk aksi seharusnya pergi kawasan litar tertutup

Ada juga netizen yang berpendapat aksi mereka itu tidak salah jika dipertunjukkan di tempat yang betul.

Jika benar-benar mahu menujukkan skill aksi lasak semasa memandu, mereka seharusnya melakukan perkara tersebut di dalam kawasan litar tertutup bukannya menggunakan kawasan jalan raya awam.

Bahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain

Tindakan dan aksi 11 pemandu Honda Civic ini bukan setakat membahayakan nyawa orang lain malah kalau tersilap langkah boleh membuatkan mereka menangis tak berlagu.

Jadilah pengguna jalan raya yang prihatin, bertanggungjawab dan memikirkan keselamatan nyawa orang lain.

Benar kata orang, sikap dan tingkah laku tidak dapat dibeli dengan wang ringgit malah harus dipupuk sejak azali agar tidak melakukan perkara yang dapat mengundang pelbagai musibah bahkan menyusahkan orang lain.

Kredit: Yoy.My

Default image
admin
Articles: 750