[VIDEO] Guna Lori Pasar Buat Serbuan, Strategi Pihak Berkuasa Ini Jadi Perhatian

Seperti yang kita tahu, pihak polis mempunyai pelbagai strategi yang lain daripada lain bagi memastikan segala rencana mereka berjalan dengan lancar dan berjaya menembus masuk ke kawasan yang telah di kawal ketat.

Baru-baru ini tular sebuah video satu rakaman kamera litar tertutup yang dikenal pasti di sebuah kawasan belakang lorong jalan.

Kelihatan sebuah MPV dipercayai model Toyota Vellfire sedang menghampiri satu laluan masuk ke dalam bangunan pada awal video tersebut.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu memaparkan seorang ‘penjaga’ di laluan tersebut dilihat tidak membuka palang tersebut.

Difahamkan, terdapat sebuah ‘lori pasar’ menghampiri di belakang Toyota Vellfire tersebut dalam beberapa saat kemudian.

‘penjaga’ itu dilihat menuju ke arah lori untuk melihatnya, namun sejurus lori itu berhenti di belakang MPV, salah seorang lelaki turun daripada lori tersebut lalu segera menahan lelaki ‘penjaga’ terbabit ke arah dinding.

Namun,‘Scene’ yang tidak disangka-sangka terjadi apabila hampir 20 anggota polis yang lain turun keluar daripada lori berlari menuju masuk ke dalam kawasan bangunan. Pergh! memang ‘clean’ polis Malaysia buat kerja!

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada PDRM mengenai rakaman kamera litar tertutup yang tular itu setakat ini.

Video tersebut mendapat pelbagai perhatian daripada warga netizen dan rata-rata ‘salute’ dengan usaha pihak polis bagi memastikan keamanan negara Malaysia terjamin.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 1.1k tanda suka, 706 komen dan 4.1k shares.

Hebat sungguh! Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa  ‘mereka’ yang bertungkus lumus dalam memastikan negara terus harmoni dan makmur.