[VIDEO] “Gurau kasar nampak..” Netizen Bengang Ryzal Baling Botol Kena Kepala Isteri Mengandung

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan antarabangsa iaitu Durian Kimchi. Semenjak mereka pulang ke Malaysia rezeki suami isteri itu semakin melimpah ruah lebih- lebih kini Maryam You Narae mengandung anak pertama mereka.

Pasti ramai yang tida sabar dengan kelahiran bayi kacukan Korea, Malaysia itu.

Terbaharu, Maryam telah memuat naik video di Instagramnya namun ia telah mencetus kemarahan netizen terhadap tindakan suaminya Ryzal dikatakan agak keterlaluan.

Menerusi video tersebut, kelihatan Maryam sedang duduk di sofa dan tib atiba Ryzal datang dari belakangnya dan membaling botol ke arah Maryam sekaligus membuatkan botol tersebut terkeana pada kepalanya.

Maryam yang terkejut dengan perkara itu segera mengejar Ryzal. Namun, para netizen kesal dengan perbuatan Ryzal tatkala isterinya sedang sarat mengandung dan menimbulkan kerisauan netizen.

“Janganlah kasar-kasar tengah mengandung tu.”

“Gurau kasar nampak Ryzal.”

“Hurmm tak kelakar, first sebab kepala, 2nd its your wife. Nak bergurau pun ada batas dan wife kau mengandung kot,” kata beberapa netizen.

Walau bagaimanapun, Maryam membuat penjelasan bahawa dia baik-baik sahaja dan menganggap hal itu bukanlah sesuatu yang serius kerana dia tahu bahawa itu adalah sekadar gurauan sahaja.

“Saya sangat okay. Kalau tak ok saya tak post video ni, terima kasih,” balas Maryam menerusi ruang komen.

Namun begitu, Maryam turut mengucapkan tanda terima kasih kerana netizen prihatin tentang kandungannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Sebelum ini Ryzal pernah mencetuskan kontroversi kerana telah menghina sebuah budaya orang Sarawak sehingga membuatkan isterinya Maryam berasa tertekan kepada menerima banyak kecaman netizen yang mengaitkan anak dalam kandungannya.

Ryzal telah memohon permintaan maaf dan merayu agar netizen tidak menghukum bayi dalam kandungan isterinya selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Ryzal juga akur dengan permintaan NGO Pertubuhan Kaum Dayak menuntut permohonan maaf terbuka kepada penduduk negeri Sarawak.

Ryzal bersama Maryam bertemu dengan wakil daripada Persatuan Anak Borneo Semenanjung (PABS) untuk membuat permohonan maaf terbuka yang disiarkan secara langsung di Facebook persatuan tersebut.

“Pada hari itu kami ke stesen televisyen untuk sebuah rakaman program, Maryam akan pakai pakaian tradisional setiap kaum.”

“Pada waktu itu, sejujurnya saya nampak cantik cuma ketika merakamkan video terbabit saya melebihi had gurauan.”

“Saya hanya bergurau dengan Maryam, saya minta maaf lagi sekali. Andai mengguris hati atau menghina kaum Iban saya minta maaf.”

“Kalau perlu minta maaf orang Sarawak, saya akan ke sana.”

“Saya hidup berbilang kaum, saya menghormati setiap budaya. Ini kali pertama kesilapan saya membuat gurauan begitu.”

“Memang patut saya dihukum orang ramai dan terima kecaman.”

“Ini memberi pengajaran dan akan lebih berhati-hati tidak bergurau tentang makanan, bahasa dan apa juga khazanah negara kita,” kata Ryzal.

Selain permohonan maaf secara terbuka, Ryzal juga terbuka untuk berunding mengenai penyelesaian terbaik bagi meleraikan kemelut yang melanda termasuk permohonan maaf mengikut adat istiadat orang Iban.

“Saya menerima apa sahaja bentuk penyelesaian, jika perlu diselesaikan mengikut adat istiadat Sarawak, saya terima. Saya sanggup,” katanya.

Kes disiasat kerana sengaja mengaibkan dengan niat

Dalam pada itu, Ryzal mengakui sudah berhubung dengan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya bagi memberikan kerjasama.

Untuk rekod, Ryzal dan Maryam Yun Nae telah berkahwin di korea pada tahun 2019 dan kini isterinya hamil anak pertama mereka.

Berita itu dikongsikan oleh Ryzal di akaun Instagram miliknya Durian Kimchi beberapa bulan lepas.

Kredit: YOY.MY