[VIDEO] “Hampir buta gara-gara cacing” Gadis Ini Nasihat Makan Ubat Cacing

Semasa kecil ibu atau ayah semestinya kerap mengingatkan kita untuk memakai selipar ketika keluar rumah kerana bimbang cacing boleh masuk ke dalam badan kita tanpa sedar terutamanya ketika memijak tanah atau pasir oleh itu mereka pasti akan memberi kita makan ubat cacing.

Namun begitu, apabila dewasa ramai yang mengambil remeh tentang pengambilan ubat cacing walaupun ia sebenarnya sangat penting dalam kehidupan seharian.

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, Faezatul Atiqah, atau lebih mesra disapa Tah ini tampil berkongsi cerita melalui sebuah hantaran di Twitter, Tah berpesan kepada warganet agar jangan lupa makan ubat cacing, sebaiknya dua kali setahun. Jelasnya, dia hampir buta sebab tak makan ubat cacing.

Lanjutan kisahnya itu, dia telah berkongsi cerita di akaun Tiktok.

Kisahnya bermula apabila Tah berada di Tingkatan Empat dan menyertai kem di tepi pantai.

Lantaran itu dia mula berasa gatal pada matanya dan kelihatan seperti benang yang sedang bergerak semasa

“Jadi aku banyak main pasir sebab kena buat LDK (latihan dalam kumpulan), buat sandcastle.

“Beberapa hari lepas balik, aku rasa gatal-gatal mata, ingatkan biasa-biasa.

“Sampai satu malam tu klimaks dia, aku tengah tengok tv, pastu aku rasa mata gatal sangat.

“Biasa la kan kalau kita gosok-gosok mata, tapi satu ketika tu aku nampak macam ada bebenang, ingat ke tahi mata.

“Bangun tidur esok tu pandangan aku kabur yang teramat sangat, tapi sebelah mata je.

“Esok tu aku pergi klinik pakar mata, tapi sebab klinik tu tak cukup kelengkapan, aku diberi ubat je.

“Beberapa hari titik ubat tu, gatal memang hilang tapi masih kabur,”

Selepas itu, Tah kemudiannya pergi ke pusat optometri untuk memeriksa tahap kerabunannya.

“Orang kat kedai cermin mata tu letak power tinggi sangat pun masih kabur, sampai dia cakap mustahil naik power cepat sangat.

“Pandangan yang aku nampak masa tu macam ada bintik-bintik.

Lebih parah, pada keesokkan harinya, matanya semakin kabur dan keadaan itu mendesaknya untuk merujuk doktor dan pakar kesihatan di klinik dan pusat perubatan berdekatan.

Alangkah terkejutnya gadis itu apabila doktor memaklumkan terdapat cacing yang telah berjaya memasuki matanya dan telah menyebabkan jangkitan kuman pada matanya.

Namun begitu, doktor beritahu kepadanya dia bernasib baik kerana cacing itu belum sempat ke arah bebola matanya kerana jika ia terkena pada mata maka ia akan memberi kesan kekal kepadanya yang boleh menyebabkan kebutaan.

“Nasib baik ia belum menyentuh bebola mata hitam saya.

“Setelah itu, saya dikehendaki memakan ubat cacing setiap hari selama empat bulan berturut-turut,”

Kini Tah harus mengambil ubat cacing selama 4 bulan berturut -turut malah dia turut berpesan agar orang ramai cakna dengan pengambilan ubat cacing, sebab cacing ini tidak mengira peringkat umur.

Perkongsian Tah di Tiktok

@faetahzReply to @mrswaffle_ Aku pun igt2 lupa crita dia. 5 years ago kot♬ original sound – Tah tak suka baby hair

Menerusi satu kenyataan daripada Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga International Medical School, Management & Science University (MSU), Dr Julie Mohamed berkata, jalan berkaki ayam memberi risiko kesihatan dan tidak boleh dipandang mudah.

“Ini kerana banyak organisme dalam tanah yang berpotensi menyebabkan jangkitan seperti cacing, bakteria dan protozoa.

“Individu jalan berkaki ayam juga terdedah kepada cacing kerawit dan ‘cutaneous larva migrans’ yang boleh menembusi kulit tapak kaki serta menyebabkan keradangan dalam badan.

“Contoh, cacing kerawit akan menembusi kulit tapak kaki manusia dan bergerak masuk ke dalam usus. Kemudian, ia boleh membiak dalam usus seterusnya mengambil nutrien daripada darah perumah,” katanya.

Beliau berkata, individu yang dijangkiti cacing itu akan mengalami masalah kekurangan darah dan perut menjadi kembung kerana cacing membiak dalam usus mereka.

“Malah ada juga cacing jenis berbeza menjangkiti individu melalui mulut yang berpunca kerana menyentuh kaki atau tanah dicemari bakteria dan menyebabkan salur penghadaman tersumbat.

“Jika cacing kerawit yang perumah semula jadinya adalah haiwan menembusi kulit tapak kaki manusia, ia boleh menyebabkan jangkitan dalam kulit iaitu ‘cutaneous larva migrans’,” katanya.

Kredit: YOY.MY