[VIDEO] Hasilkan Potret Tokti Hanya Gunakan Rubik, Netizen Teruja Dengan Kreativiti Lelaki Ini

Setiap manusia di dunia ini pasti mempunyai bakat dan kepakaran tesendiri yang boleh membuatkan orang yang melihat hasil itu berasa kagum.

Begitu juga dengan individu yang bernama Zabli Ab Hadi, apabila bakat yang ditunjukkan di media sosial mendapat pujian daripada netizen oleh kerana kreativitinya.

Menerusi perkongsiannya di akaun Tiktok, Zabli telah menghasilkan potret seorang selebriti nombor satu tanah air iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza menggunakan rubik kiub.

Permintaan itu telah dibuat oleh salah seorang netizen di ruangan komen.

Hasil yang ditunjukkan olehnya sangat mengagumkan warga net. Dia membuat potret tersebut hanya bermodalkan gambar dari sumber google sahaja.

Namun, hasilnya sangat memuaskan dengan pernampakan senyuman penyanyi itu yang sungguh manis walaupun menurutnya kali ini dia hanya mencuba nasib sahaja.

Justeru itu ada juga yang bertanya berapa lamakah masa yang digunakan oleh Zabli untuk menyiapkan potret tersebut.

Menurutnya, masa yang diambil hanyalah selama 3 hingga 4 jam sahaja dan sebanyak 391 rubik kiub telah digunakan untuk menyiapkan potret Dato Sri Siti Nurhaliza.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan hasil potret itu dan kagum dengan bakat yang ada pada dirinya kerana tidak semua orang mampu membuat potret hanya menggunakan rubrik kiub.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat tonton lebih daripada 1 Juta di akaun Tiktok miliknya.

“Memang genius orang yang boleh buat ni, terbaiklah bang. Alhamdulillah Allah bagi kelebihan dekat abang”

“Macam ni masuk Malaysia Book Of Record baru betul” ujar netizen.

Sebelum ini, Zabli telah memuat naik video pertamanya membuat potret Allahyarham Siti Sarah bersama suaminya Shuib dengan menggunakan rubik kiub yang sama.

Katanya dia telah menggunakan sebanyak 400 buah rubik kiub dan mengambil masa selama sehari untuk menyiapkan potret tersebut.

Walaupun pada mulanya dia berasa sedikit malu dan kekok dengan media sosial, oleh kerana mendapat sokongan netizen dan rata-rata mereka suka dengan hasil tangannya, kini dia berasa lebih semangat untuk membuat video penghasilan potretnya lagi.

Video tular di Tiktok

@abam.takafulKita Buat Gambar CTDK♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Kredit: YOY.MY