[VIDEO] “Hina sangat ke kerja security?” Disuruh Tukar Kerja, Wanita Ini Jawab Netizen

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dalam keadaan getir ketika ini ramai diantara kita terpaksa berusaha keras dan tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

Tidak kira apa jua kerja yang dilakukan, selagi ada kudrat yang tersisa selagi itulah kita perlu berusaha untuk memperbaikan hidup dan meneruskan kehidupan harian.

Jika dahulu memegang segulung ijazah antara jaminan untuk mendapatkan kerja yang bagus beserta gaji yang lumayan, kini ramai graduan perlu bersaing sesama sendiri.

Netizen bengang ada yang perlekeh pengawal keselamatan

Selain itu, ramai juga diantara kita terkesan dan kehilangan pekerjaan ekoran pandemik yang melanda negara sejak beberapa tahun ini.

Malah, taraf hidup yang tinggi memperlihatkan ramai diantara kita perlu melakukan pelbagai kerja bagi mencari rezeki buat keluarga dirumah.

Walaupun masih ada segelintir netizen yang memperlekehkan kerja-kerja seperti pengawal keselamatan, buruh binaan dan sebagainya, namun ia merupakan rezeki yang halal buat keluarga.

Kenapa memilih pekerjaan begini

Memilih kerja atau tidak, kehidupan perlu diteruskan dan ketika ini bukanlah waktu yang sesuai untuk memilih pekerjaan.

Begitu juga seperti kisah seorang pengawal keselamatan wanita ini yang menjawab persoalan netizen mengenai pekerjaannya.

Lebih baik saya kerja dari rumah goyang kaki 

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita ini disarankan menukar kerjayanya sebagai pengawal keselamatan kepada pekerjaan yang lebih baik.

Lalu, wanita tersebut menjawab kembali soalan tersebut dan menegaskan bahawa pekerjannya lebih baik daripada dirinya duduk goyang kaki dirumah tanpa berbuat apa-apa.

Saya membuat tiga kerja

Malah, apa yang menjadi tumpuan dan inspirasi adalah apabila wanita ini memberitahu dia turut melakukan pelbagai pekerjaan lain dalam satu masa untuk menyara kehidupan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong wanita ini tidak memilih pekerjaan daripada hanya duduk dirumah.

Asalkan ia dari rezeki yang halal

Malah, netizen turut menyifatkan soalan mengenai pekerjaannya sebagai pegawal keselamatan tidak seharusnya dipersoalkan asalkan ia dari rezeki yang halal.

Netizen turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak memperlekehkan dan merendah-rendahkan pekerjaan seseorang hanya kerana pekerjaan itu tidak sesuai dimata mereka.

Video tular di Tiktok

@mamamuda2709Balas kepada @wlgvafwfgvfg♬ bunyi asal – MaMa muda

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 818