[VIDEO] Jam 3 Pagi Dapat Panggilan Kecemasan, Bila Ambulans Sampai Rupanya Dah 3 Tahun Pesakit Meninggal Dunia

Tidak dinafikan, tugas bekerja di hospital ini sangat mencabar. Macam yang kita tahu, hospital sering dikaitkan dengan kisah-kisah seram tentang makhluk halus.

Banyak kisah-kisah seram berkaitan hospital yang pernah kita dengar. Tak kurang juga yang mempunyai pengalaman sendiri ketika berada di hospital tu.

Sama juga dengan kisah seorang ‘frontliner’ yang tular di applikasi TikTok baru-baru ini dimana dia yang juga penolong pegawai perubatan bersama pemandu ambulans berdepan dengan satu detik yang seram apabila mereka menjadi mangsa gangguan mistik ketika sedang bertugas.

Menerusi video yang berdurasi 59 saat itu, dia yang dikenali sebagai Tuan Dressar di TikTok menceritakan pengalamannya menerima satu panggilan misteri daripada pesakit yang meminta pihak hospital untuk datang ke rumahnya.

Difahamkan panggilan berkenaan diterima oleh pihak hospital pada pukul 3.30 pagi dan memaklumkan dia memerlukan pertolongan daripada pihak ambulans untuk mengambilnya oleh kerana terdapat individu yang tidak sedarkan diri.

“Alang-alang tu tiba-tiba saya teringat satu cerita masa saya bertugas. Saya dapat satu panggilan ambulans call 3.30 pagi daripada Medical Emergency Call Center (MECC).”

“Pesakit mengadu tak sedarkan diri dekat rumah. Saya pun siap-siap lah.”

Beri salam namun tidak menyahut

Setibanya mereka berdua ke tempat kejadian, mereka mendapati keadaan rumah berkenaan berada dalam keadaan gelap gelita dan dia turut memberi salam, namun tiada siapa yang menyahut.

“15 minit saya gerak dengan team PPK sampai lah ke rumah tu. Sampai-sampai tu saya nampak rumah tu gelap betul. Bagi salam tak ada siapa yang menyahut.

“Cemas lah, kita telefon balik MECC betul ke alamat semua ni. Dia cakap betul.”

Nombor pemanggil masuk ‘voice mail’

Oleh kerana tak sedap hati, penolong pegawai perubatan berkenaan membuat keputusan untuk menelefon pemanggil tersebut tetapi nombor telefonnya tidak dapat dihubungi dan masuk peti suara.

“Lepas tu saya telefon nombor telefon pemanggil tiba-tiba keluar ‘nombor yang anda dial tak ada dalam perkhidmatan’.”

Terdengar bunyi burung hantu

Apa yang membuatkan netizen makin naik bulu roma adalah bila dia menceritakan bahawa dia terdengar suara burung hantu pada atap rumah berkenaan.

Tanpa berfikir panjang, mereka terus bergegas meninggalkan rumah tersebut.

“Tiba-tiba masa tengah cakap dengan pemandu tu dengar bunyi burung hantu atas atap. Saya pandang pemandu, pemandu pandang saya, terus kelam kabut balik.”

Sudah meninggal 3 tahun lalu

Kisah ini bertambah seram apabila penolong pegawai keselamatan itu memeriksa maklumat mengenai pesakit berkenaan pada keesokkan harinya dan alangkah terkejutnya mereka apabila mengetahui pesakit telah pun meninggal dunia 3 tahun yang lalu.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan ramai yang menyifatkan tugas sebagai seorang frontliner ini tidaklah semudah yang disangka.

Bukan sahaja berdepan dengan pesakit malah terpaksa berdepan dengan kejadian seram sewaktu menjalankan tugas.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 404k tontonan, 55.8k tanda suka, 1058 komen dan 1531 perkongsian di applikasi TikTok.

Video tular di laman Tiktok

@medicalasiststant♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

 

Kredit: YOY Network