[VIDEO] Jiran Bina Tembok Tutup Jalan, Keluarga Ini Terpaksa Panjat Dinding Tinggi Untuk Keluar

Lumrah hidup berjiran secara umumnya kita digalakkan untuk berbuat baik dengan sesiapa sahaja.

Apabila kita berpindah atau menghuni di sesuatu tempat, sudah pasti kita akan berasa lebih selesa dan lebih selamat jika kita merngenali siapa jiran-jiran atau orang tinggal berhampiran kita.

Biarun begitu, betul kata orang, untuk kita temukan jiran yang bertolak ansur dan mempunyai sikap prihatin pada zaman sekarang ini sangatlah susah.

Mereka seolah olah mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Sama juga dengan kisah yang tular baru baru ini, sebuah keluarga wanita yang bernama Suhartini di Balikpapan, Indonesia ini terpaksa memanjat tembok setinggi dua meter untuk keluar daripada rumah mereka selepas jirannya menutup akses ke jalan menuju rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @infosigap di laman Instagram, bukan sahaja tembok konkrit malah kawasan keliling rumah keluarga Suhartini juga turut dilihat telah dipasangkan dengan pagar zink.

Oleh yang demikian, keluarga Suhartini terpaksa membina jalan masuk mereka sendiri yang berada di puncak loteng rumah mereka.

Mengulas lanjut, mereka juga dilaporkan perlu memanjat tangga yang menuju ke bahagian loteng rumah mereka semata-mata demi masuk ke rumah.

Untuk makluman, Suharni dan keluarganya menetap di sebuah rumah terletak di Jalan Soekarno Hatta, Kelurahan Batu Ampar Kecamatan Balikpapan Utara, Kota Balikpapan.

Jalan yang ditutup tersebut dipercayai dibuat oleh jirannya, iaitu keluarga Hasan.

Menurut laporan, waris keluarga Hasan dikatakan terpaksa menjual rumah tersebut oleh kerana terhimpit dengan hutang.

Apa yang lebih mengejutkan, pembeli rumah yang baru itu turut memaklumkan dia juga mahu rumah Suhartini yang berada di belakangnya dijual.

Disebabkan itu juga lah, rumah dan tanah yang hendak dibeli itu ditutup tanpa memberi akses jalan masuk untuk keluarga Suhartini.

“Kami menerima berita bahawa tanah milik keluarga Allahyarham Hasan akan dilelong oleh pihak bank kerana masalah hutang. Rumah dan tanahnya akan dibeli tanpa memberi akses jalan keluar kepada kami,” ujar Suhartini.

Video tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by infosigap (@infosigap)

Beginilah reality hidup berkomuniti, pasti ada saja perkara atau hal yang tidak baik sehinggakan jiran tidak bersetuju atau berlakunya pertengkaran mulut yang semakin parah jika dibiarkan.

Apa sahaja kesilapan dan kesalahan jiran, adalah lebih baik menyelesaikan setiap masalah itu dengan baik dan rasional kerana pada akhirnya kita tetap memerlukan antara satu sama yang lain.

Kredit: YOY.MY