[VIDEO] “Kaki ditarik, leher dicekik..” Bella Astilah Dedah Keluarga ‘Diganggu’ Ketika…

Gangguan makhluk halus sememangnya sukar untuk dibuktikan dengan mata kasar, itulah penyebab kenapa ramai yang mempercayai makhluk halus dan sihir, hanya yang terkena gangguan sahaja yang akan merasai ketakutannya.

Terbaharu, penyanyi dan juga pelakon Bella Astilah telah memuat naik video perkongsian tentang dia dan keluarganya sebelum ini pernah mengalami gangguan makhluk halus di salah sebuah pusat peranginan. Perkongsiannya itu di muat naik di Instagram miliknya.

Bella yang juga isteri kepada penyanyi sensasi iaitu Aliff Aziz mengatakan bahawa perkara itu berlaku sewaktu dia berusia 9 tahun bersama adiknya Didie Astillah selepas mereka berdua selesai membuat pengambaran album kanak-kanak.

Katanya mereka sekeluarga ditempatkan di sebuah kondominium berdekatan dengan lokasi pengambaran dengan kawasan parkir kereta yang penuh dan padat.

“Cerita ni dah lama tapi saya tak boleh lupa dan masih ingat sampai sekarang. Ketika itu saya masih kecil lagi.

“Kami diberi satu tempat tinggal oleh produksi untuk bermalam selepas selesai penggambaran album kanak-kanak pada hari tersebut.

“Malam itu, ketika tiba di kondominum itu kereta sangat banyak dan tempat letak kereta penuh sehingga kami terpaksa ‘parking’ kereta di tepi jalan berdekatan,”

Menurut Bella, hal itu terjadi setelah dia terhidu bau yang sangat busuk setelah tiba di lif kondominium tersebut dan nterlihat satu tangga gelap yang dipenuhi beg plastik berwarna hitam.

Setelah berada di bilik ibunya hendak pergi ke tandas namun terlihat ada seorang wanita berambut panjang sedang duduk di dalam bath tub serta berlumuran darah.

“Tiba sahaja di ‘lift’ saya terhidu sesuatu yang sangat busuk dan terus mencari dari mana datangnya bau itu sehingga jumpa di satu tangga yang gelap dan penuh dengan plastik beg hitam. Saya tidak memeriksanya dan terus berlalu pergi.

“Malam itu, ketika ibu hendak ke tandas dia terlihat di dalam ‘bathtub’ ada seorang wanita berambut panjang berjurai tanpa menampakkan wajahnya sedang duduk dalam air yang berwana merah seperti darah penuh.

“Ibu terus pengsan dan ayah bawa ke atas katil dan baringkannya. Tidak lama selepas itu, ibu tiba-tiba mencekik lehernya sendiri sekuat hati. Ayah cuba meleraikan tanganngya tetapi cengkaman itu kuat sehingga ayah terpaksa menampar beberapa kali sehingga ibu sedar.

“Tidak cukup dengan itu, ibu sekali lagi diganggu apabila kakinya ditarik kuat sama seperti kita menonton cerita seram sebelum ini,”

Dikatakan lagi, setelah kejadian tersebut dia sekeluarga tidak dapat tidur dan menunggu waktu subuh untuk pulang kerana tidak betah dengan gangguan tersebut.

Namun sebaik sahaja keluar dari kondominium tersebut kawasann parkir kereta yang penuh sebelum ini lenggang seperti tiada siapa yang menetap disitu.

Rata-rata netizen teruja dengan cerita Bella dan ramai yang meninggalkan komen seram di instagram miliknya itu.

“Serammmmm… dgr sorg2 dlm bilik.. tiba2 ad benda jatuh pula dkt sblah… jemmmmm” – komen salah seorang pengikut Bella.