[VIDEO] Kaki Girlfriend Melecet, Lelaki Ini Sanggup Tukar & Jalan Pakai Heels

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mengimpikan memiliki pasangan yang sanggup bersama dalam susah dan senang.

Jika anda berjumpa dengan pasangan yang sanggup bersusah senang dan menerima kekurangan diri dengan terbuka ia juga merupakan salah satu rezeki yang dikurniakan.

Ini kerana, tidak semua pasangan sanggup bersama dan menerima kekurangan pasangan mereka.

Tampil cantik dan menarik di mata pasangan 

Malah, ada hubungan yang terputus di tengah jalan hanya kerana kekurangan pasangan dan tidak dapat mencari keserasian bersama dalam hubungan yang dibina.

Kebiasaanya apabila bercinta, setiap pasangan akan tampil cantik dan bergaya untuk kelihatan menarik di mata pasangan mereka.

Pakai heels akan membuatkan mereka tampil lebih menarik

Perempuan pastinya suka memakai heels ketika keluar berjalan kerana beranggapan ia membuatkan mereka lebih tinggi dan cantik.

Akan tetapi, ada juga yang lebih gemar memakai kasut kerana ia lebih selesa dan mudah untuk bergerak ke mana saja. Ia terpulang pada individu itu sendiri.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki terpaksa menukar kasut dengan teman wanitanya kerana melecet telah menarik perhatian ramai.

Tukar kasut dengan teman lelaki sebab kaki melecet

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang bersama dengan teman lelakinya sedang berjalan di salah sebuah parking pusat beli-belah.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah teman lelakinya itu dilihat memakai heels sedang berjalan menuju ke kereta.

Difahamkan kerana kaki teman wanitnya itu melecet dan disebabkan itu dia sanggup menukar dan memakainya sehingga ke parking kereta.

Bukan senang nak jalan kalau pakai heels

Telatah teman lelakinya yang memakai heels dan jalan bersahaja seperti model sedang memperagakan kasut itu turut menarik perhatian netizen.

Malah, teman lelakinya itu dilihat tidak kekok melangkah dan seakan-akan selesa dengan kasut tersebut.

Raih lebih setengah juta tontonan

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang terus bertukar gaya jalan semasa memakai heels.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih dari 500,000 tontonan, 48.4K likes dan 500 comments di TikTok setelah dimuat naik.

Video yang tular di TikTok

@sleepyernKaki i melecet and dia bagi i tukar kasut dengan dia. Thank you for saving my feet 🥵 ##fyp♬ erica padilla make it to me remix – erica padilla

 

Kredit: YOY Network