[VIDEO] Kereta Kemik Disondol Kerbau, Lelaki Ini Cari Tuan Nak Tuntut Ganti Rugi

Banyak kes kematian akibat kemaIangan melibatkan haiwan ternakan terutamanya lembu dicatatkan semenjak kebeIakangan ini.

Malah lebih mendukacitakan mangsa yang melanggar blnatang ternakan ada yang cedera parah dan berakhir dengan lumpuh.

Tambahan pula ada segelintir pemilik yang masih berdegil membiarkan haiwan ternakan masing-masing berkeliaran sehingga mengundang kemudaratan kepada orang ramai serta kemudahan awam.

Terbaru, seorang lelaki terperanjat apabila melihat ada seekor kerbau berada berhampiran keretanya yang diletakkan hadapan kilang di kawasan perindustrian Klebang Bistari.

Apa yang lebih membuatkan pemuda ini terkejut, apabila dia menghampiri keretanya dan mendapati terdapat kesan kemek serta tercabut cermin sisi pada bahagian kiri kereta ‘merah’nya akibat disondol oleh kerbau yang datang tanpa diundang.

Kereta kena sondol dengan kenderaan lain itu perkara biasa. Namun ia menjadi perkara yang luar biasa apabila kereta kena sondol dengan seekor kerbau.

Mengulas lanjut, lelaki itu juga turut berkongsi video dan gambar di dalam Facebook Group Warga Klebang Ipoh untuk mendapatkan pertolongan orang ramai bagi mencari siapakah pemilik kerbau yang berada di berhampiran kawasan perindustrian itu demi meminta ganti rugi daripada pemilik kerbau terbabit.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian penduduk sekitar kawasan itu yang simpati dengan kejadian yang menimpa terhadap pemilik Proton Saga tersebut.

Rata-rata orang ramai menyarankan lelaki itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Namun ada juga yang mengemukakan cadangan untuk lelaki itu mengekori kerbau terbabit sehingga berjumpa dengan tuannya bagi memudahkan dia menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami.

Meninjau di ruangan komen, ini merupakan pandangan dan reaksi warga netizen:

“Bos report je polis.bahaya kowt kerbau duk lepas tepi jalan.moto laggar kee. Kanak2 kat luar rumah.kawan sy kerja bromma meninggal di sebabkn kerbau mcm ni laa.tahun lepas.”

“Klau pg cri owner nasib deme xmegaku..cre baik nyer bt repot dan tngkap simpan..nti ad le yg mncri..”

Pemilik Proton Saga ini juga sudahpun membuat laporan kepada Majlis Bandaran Ipoh dan menunggu pihak berkuasa untuk menangkap kerbau terbabit bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Untuk makluman, di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu cuai dalam menguruskan haiwan, pemilik haiwan ternakan yang tidak bertanggungjawab boleh diheret ke mahkamah membabitkan kesalahan mengenai kesihatan, keselamatan, kemudahan, kesopanan dan akhlak awam.

Kredit: YOY.MY