[VIDEO] “Kuat betul miming dia, luas pulak nganga tu,” – Netizen Komen Persembahan Tya Arifin

Pelakon wanita Indonesia Nurtria Wulandari ataupun lebih dikenali sebagai Tya Arifin bukan sahaja pandai berlakon dan berniaga, malah, kini sudah menceburi bidang nyanyian pula!

Menantu tiri kepada penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini telah mengeluarkan single terbaharu di Youtube miliknya yang diberi judul Bagaikan Mutiara pada 4 Disember lalu.

Melihat di dalam video muzik berkenaan, Tya dilihat keluar dari zon selesa dengan membawa konsep ala-ala arab sambil menari seperti gadis kayangan.

Dalam pada itu, Geng Pagi Hot juga sempat menemu bual Tya bertanyakan tentang apa yang mendorong dirinya untuk menceburi bidang nyanyian, adakah mahu mengikut jejak langkah Tokti? Ini jawapan Tya,

“tak lah, sebenarnya tya mmg dari dulu di jakarta menyanyi ada keluar single, tapi sekarang ni Tya mahu merakamkan memori baharu kerana sekarang Tya sudah berkahwin dah pindah di Malaysia” ujar Tya

Sempat bertanyakan mengenai tajuk lagu Bagaikan Mutiara, Tya menerangkan maksud disebalik tajuk lagu berkenaan.

“kerana wanita ni macam mutiara, berasal dari dasar lautan, kita kena keluarkan dari situ dan bagi orang nampak wanita ini sebenarnya berharga”

Sementara itu, lagu Bagaikan Mutiara ini juga adalah hasil ciptaan Yuka Kharisma dan lirik oleh Tya, suaminya, Asyraf Khalid dan Ahmad Jeffny.

Tya baru-baru ini telah dijemput untuk membuat persembahan untuk program TV Mpop. Sebuah video berdurasi 35 saat telah dimuatnaik menerusi Instagram senangterhibur memaparkan persembahan beliau menyanyikan lagu terbarunya di dalam program tersebut.

Menjengah ke ruangan komen kebanyakkan respon yang diberikan oleh netizen sangat negatif terhadap persembahan Tya tersebut.

Tidak mudah menjadi menantu kepada penyanyi terkenal tanah air. Sudah pasti nama Tokti akan dikaitkan sama dalam persembahan nyanyian Tya Arifin.

Buat yang tidak mengenali Tya sudah pasti tidak mengetahui mengenai latar belakang beliau sebagai seorang pelakon dan penyanyi di negara kelahirannya.

Disebabkan itu netizen memberikan komen melulu tanpa usul periksa. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen netizen terhadap persembahan Tya Arifin.

“Yg komen ramai2 ni mesti tak pernah dengar tyaa menyanyi sblm ni.. Suara dia sedap kot.. Pernah berduet dgn ctdk.. Kebetulan lagu terbaru ni kurang sedap” – Netizen

“Aku x fhm ape yg best nye.. suara datar je dr awal ke akhir.. better tya ni tak payah la nyanyi. fokus je lah kat produk tu. bukan best pun lagu ni” – Netizen

“Better x yah nyanyilah..malu ctdk tgk menantu nyanyi mcm ni” – Netizen

“Belajar Dengab Vokal Coach Lagi Tiaraa. U Ada Pakej. Suara Best. Belajar Caraa Nak Miming Juga Bagaimanaa” – Netizen

Jangan putus asa Tya. Masih jauh lagi perjalanan Tya dalam industri seni di Malaysia. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Ambil ilmu daripada Tokti mana tahu lepas ini Tya akan dapat bernyanyi dengan lebih baik.

Video Nyanyian Tya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SENANG TERHIBUR (@senangterhibur)