[VIDEO] Lebih 500 Mat Motor Sangkut Roadblock Besar Besaran Di Karak, 358 ‘Surat Cinta’ Dikeluarkan Polis

Hari minggu merupakan hari untuk ‘mat motor’ melepaskan gian berkonvoi dan mempamerkan jentera masing-masing di beberapa lokasi yang sentiasa menjadi pilihan mereka.

Di antara lokasi mereka menguji jentera ialah di Lebuhraya Pantai Timur di kawasan Karak ke Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Berita Harian, lebih daripada 600 mat motor telah terperangkap selepas dua lokasi tumpuan mereka iaitu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Laachang dan R&R Chenor telah diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas.

Pihak polis telah membuat sekatan jalan raya terbesar bagi menghalang kumpulan mat motor ini dari terlepas.

Paling saya kesal, ada yang sanggup menunggang motosikal tanpa brek belakang dan ini amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kenderaan lain.

Pada masa sama, tiga penunggang motosikal dikesan berada di bawah pengaruh dadah dan daun ketum, manakala tujuh lagi kesalahan alam sekitar.

Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain memberitahu, polis telah mengeluarkan 358 saman atas pelbagai kesalahan dan telah menyita 20 buah motosikal.

Antara kesalahan yang dikesan ialah lesen dan cukai jalan telah tamat tempoh serta pengubahsuaian motosikal yang mengundang bahaya.

Kebanyakan mereka ini anak muda dan kita nasihatkan mereka jika minat berlumba bukan di atas lebuh raya, tetapi hendaklah ke litar Sepang

Menurutnya lagi, pihak polis telah berjaya mengesan terdapat beberapa penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya selain berlumba antara satu sama lain.

Lebuhraya ini menjadi laluan popular bagi kumpulan motosikal dari Lembah Kelang yang berkonvoi setiap hujung minggu.

Seramai 12 pegawai dan 52 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam Ops Tutup Khas ini, dibantu lima daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta 10 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.