[VIDEO] “Malam ini kerja diteruskan.” Didakwa Kontak Rapat Alif Satar, Jihan Muse Beri Penjelasan Mengapa Masih Bekerja

Selebriti popular, Jihan Muse telah tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya selepas didakwa menjadi kontak rapat kepada bintang versatil, Alif Satar, Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun menurut Jihan, program Xtravaganza With Xpander yang disiarkan menerusi platform media sosial Jumaat lalu telah menjalani rakaman dua minggu lebih awal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

“Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.

“Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan,” jelasnya.

Malah kata Jihan lagi, dia akan tetap menjalankan ujian Covid-19 esok dan mendoakan rakannya itu cepat sembuh.

“Kita doakan Alif dan semua cepat sihat. Walau macam mana pun saya akan jalankan tanggungjawab dengan membuat ujian saringan.

“Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.

“Orang disekeliling saya pun memakai penutup muka dan sarung tangan. Doa yang baik-baik, semoga semua berjalan lancar,” ujarnya.

 

Rakaman rancangan Jihan Muse bersama Alif Satar

Terdahulu media melaporkan di mana Alif Satar telah didapati positif COVID-19 menerusi pengumumannya di laman Instagram.

Alif menyatakan sepanjang menjalani penggambaran, beliau telah beberapa kali melakukan ujian saringan virus berkenaan.

Namun begitu, keputusan terbaru yang mengejutkan, mendukacitakan yang baru beliau terima hari ini menunjukkan pengacara Big Stage itu positif COVID-19.

“Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.

“Isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.

“Dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan. Alif sekarang menjalani proses kuarintin. ALIF AMBIL TEST PADA 21HB NOV.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)