[VIDEO] ‘Malu Apa Bossku’ Popular Merebak ke Korea dan Arab!

Ungkapan ‘Malu apa bossku’, tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial di Malaysia.

Walaubagaimanapun, populariti frasa itu tidak berhenti di negara kita saja dimana seorang pengguna Twitter memuatnaik satu video yang menjadi perhatian netizen.

Di dalam video tersebut menunjukkan sekumpulan pelajar warga Korea menyebut ‘Malu Apa Bossku’ sambil gelak ketawa.

Rentetan daripada itu, seorang pengguna pula membalas tweet tersebut dengan satu video yang menunjukkan warga Arab menyebut ‘Malu Apa Bossku’.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.

Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah pasti melihat fenomena penggunaan bahasa slanga ini dengan lebih jelas lagi.

Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dari Sabah.

“Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function ‘bossku’ ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation,” tulis @ASyrfe

Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan ‘bossku’ mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.

“Perkataan ‘bos’ orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat ‘Bos, boleh tanya ke?’. Dia sama macam ‘bro’ juga la. Di sabah semua orang ‘bos’, tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan ‘bos’ memang biasa,” kata @InjangNation

Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan ‘bossku’ merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.

“Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia,” tulis laman sesawang tersebut.

Sementara sebutan ‘malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bosku’.

Gambar Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan ‘malu apa bossku’ juga telah tersebar dengan pantas di media sosial terutamanya Facebook dan Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.