[VIDEO] “Serius la umur 52?” Netizen Tak Keruan Tonton Aksi Terbaru Maria Farida

Semua wanita mengidamkan tubuh yang kekal muda walaupun usia mereka telah lanjut. Biasanya sebaik mencecah usia 50an, seorang wanita itu boleh dianggap sebagai mak cik atau nenek.

Dengan perkembangan teknologi dalam bidang sains kosmetik pada hari ini, mendapatkan penampilan yang kekal muda bukan lagi sesuatu yang mustahil dan hanya dapat dicapai oleh mereka yang berduit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida)

Semakin ramai wanita yang juga mempunyai cara masing-masing untuk memelihara kulit muda mereka dari tarikan graviti dengan bantuan guru-guru kecantikan di internet.

Namun pasti ramai yang kagum dan cemburu apabila melihat wanita yang telah mencecah usia 50an tetapi masih kekal berpenampilan seperti remaja.

Salah seorangnya adalah pelakon terkenal, Maria Farida yang baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan video bersama anak perempuannya di TikTok.

Dalam video tersebut, pelakon berusia 51 tahun itu memberi pose menggoda diiringi sebuah lagu klasik, apabila anak perempuannya masuk dan memarahinya kerana beraksi seperti itu.

Menggunakan audio dari video lain, anak beranak itu berlakon seolah-olah anaknya akan mengadu kepada bapanya sementara bekas model itu cuba menghalang anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah bentuk badan Maria Farida yang kekal langsing seperti remaja sehingga ramai tidak percaya bahawa dia telah mencecah usia 52 tahun.

Kagum dengan susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan tentang amalan petua sihat dan cantik lantas diajukan kepada beliau.

Tenang menjawab pertanyaan berkenaan, isteri Datuk Rahman ini sambil tersenyum membuka bicara.

“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang.

“Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.

Pelik juga macam mana Datin Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau bakal cecah umur 50 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi pelakon Anak Mami Nasi Kandaq ini.

“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah.

“Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.

Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan.