[VIDEO] “Menitis air mata..” Tudung Fazura 80,000 Helai ‘Soldout’, RM2.16Juta Hanya Dalam Masa 2 Jam

Pelakon Nur Fazura kini tampil lebih manis dengan penampilan terbarunya yang mula berhijab.

Terbaru, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura telah melancarkan koleksi tudung Merdeka secara rasmi di bawah jenama miliknya iaitu Tudung Fazura.

Kesemua tudung habis dijual tidak sampai 3 jam

Apa yang lebih mengejutkan, kesemua tudung telah habis terjual setelah tidak sampai 3 jam dilancarkan.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang membeli koleksi tersebut sehingga habis terjual kesemuanya.

Ribuan terima kasih buat anda semua

“Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, kesemua koleksi Merdeka Tudung Fazura telah pun habis dijual.”

“Dengan rendah hati kami ingin mengucapkan ribuan Terima kasih buat anda semua yang kami kasihi.”

Anda sudah membantu 4,000 peniaga kecil yang yang hilang mata pencarian

“Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian. Mungkin suami mereka hilang kerja dan sebagainya.”

Itu antara ucapan terima kasih dengan nada sebak dan air mata berguguran selebriti popular, Fazura kepada orang ramai.

Tudung Fazura terjual 80,000 dalam dua jam

Tudung keluaran pelakon ini, Tudung Fazura berjaya terjual sekitar 80,000 helai dalam tempoh hanya dua jam.

Menerusi satu video yang dimuat turun melalui applikasi Instagram, Fazura yang juga merupakan isteri kepada Pelakon terkenal iaitu Fattah Amin tidak dapak menahan emosinya.

Rakyat Malaysia tidak henti beri semangat dan sokongan

Ini kerana ramai rakyat Malaysia tidak henti memberi semangat dan juga sekongan terhadap ‘Tudung Fazura’ sekaligus dapat membantu mereka yang terkesan akibat Pandemik.

Untuk pengetahuan kita semua, koleksi tudung Merdeka ini dihasilkan daripada Japanese Cotton Voile dengan 9 corak eksklusif dijual pada harga RM27 sahaja.

Dijual dengan harga murah mungkin menjadi faktor para peminat dapat membelinya sehingga ‘sold out’.

Saya jual murah kerana saya nak semua orang mampu beli

“Kenapa saya jual RM27 sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli.”

“Kita nak bantu dan ini bukan untuk saya sahaja. Kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal-mahal lagi.”

Dapat bantu ramai kaum wanita terutama ibu tunggal

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat bantu. Kebanyak daripada mereka terdiri daripada kaum wanita.”

“Ibu-ibu, untuk ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macamlah dugaan yang mereka hadapi,” ujar Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

Angka 27 adalah tarikh kelahiran dan tarikh Fattah melamar saya

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya kepada Kosmo.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual sahaja murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,” tulis seorang lagi netizen lagi.

Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin selamat bergelar suami isteri dengan satu lafaz nikah pada 27 November 2017. Pernikahan ini diadakan dalam suasana yang private tetapi cukup intim. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang Nur Fatima Aisya.

Kredit: YOY.MY