[VIDEO] “Mewah pelamin!” Bersanding Malam Ini, Mira Filzah Kongsi Video Persiapan Pelamin

Masih ramai peminat yang belum move on dengan pernikahan pelakon cantik manis, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar semalam.

Walaupun diadakan secara ringkas, majlis pernikahan kedua mempelai terlihat mewah dan telah menjadi bualan warganet di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

Solemnization Ceremony of Mira & Emir Dress : @rizmanruzaini / @rizmanruzainicouture Photo : @wsvs.co #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Majlis persandingan Mira Filzah

Malam ini akan diadakan majlis persandingan sebelah pengantin perempuan dan Mira telah berkongsi sedikit keadaan pelaminnya malam nanti yang terlihat sangat cantik dengan memilih warna gelap sebagai tema utama.

Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Mira, dapat diperhatikan dengan jelas para petugas rekaan pelamin sedang bertungkus-lumus menyiapkan pelamin sebelum majlis persandingan diadakan sekitar jam 7.30 malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MFMIRAFILZAH (@lunaskinz.taiping) on

Pelamin mewah

Di dalam video tersebut, Mira juga sempat mengucapkan terima kasih kepada wedding planner iaitu Rekateemor yang telah merealisasikan pelamin impian yang telah dirancang.

Media penyiar rasmi majlis perkahwinan Mira Filzah dan pasangan iaitu TV3 telah memaklumkan bahawa resepsi di pihak perempuan akan bermula pada jam 7.30 petang hari ini dan akan disiarkan dalam segmen MBuzz.

Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah selamat bergelar suami isteri selepas bernikah semalam di Sime Darby, Convention Centre disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan media dalam majlis yang serba ringkas.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Mira dan pasangan serta mendoakan agar rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.