[VIDEO] “My wife kantoi, sampai hati tak hajak‼️” Aidil Merajuk Dengan Fasha

Nur Fasha Sandha binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha merupakan seorang pelakon dan model

Pelakon sudah lama mencipta nama dalam industri dan mempunyai ramai peminat di laman sosial Instagram sekitar 4.6 juta.

Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun dan sehingga kini Fasha dikatakan antara pelakon yang masih diminati ramai.

Fasha antara pelakon yang menjiwai watak dengan baik

Selain seorang pelakon yang berbakat, beliau juga dikatakan berjaya membawa watak yang diberi dengan berkesan.

Melihat raut wajah beliau yang ayu itu, beliau sering  membawa watak yang beremosi dengan baik.

Cantik, berbakat dan displin

Disamping itu, bakat sahaja tidak boleh berjaya tanpa disusuli dengan displin. Beliau turut dikatakan antara pelakon yang mempunyai displin yang baik.

Terbaru, pelakon cantik manis itu sedang hamil anak ketiga beliau hasil perkahwinan bersama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon.

Pasangan ini sering berkongsi momen dan video bersama pengikut mereka di Instagram mengenai kehidupan harian mereka.

“Kantoi, sampai hati tak ajak”

Menerusi akaun Instagram Aidil, satu video telah muat naik yang mana video itu telah mengundang perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

. ❗️M Y W I F E K A N T O I❗️ . ‼️Sampai hati tak hajak‼️. 😡😡😭😭

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on

 Video itu memperlihatkan Fasha yang sedang menikmati makanan yang tidak menyedari gerak-gerinya dirakam oleh suamin tercinta.

Namun apa yang membuatkan netizen tertarik adalah kecantikan wajah Fasha. Beliau kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan makeup.

Cantik walau tanpa makeup

Kelihatan wajah Fasha yang mulus dan ayu tanpa mengenakan makeup. Kelembutan seorang ibu jelas kelihatan pada raut wajahnya.

Selepas berkahwin dengan Aidil, Fasha juga kerap memuat naik video beliau memasak di dapur untuk santapan keluarga kecilnya.

Walaupun berdepan dengan jadual yang padat, Fasha dilihat masih mengutamakan suami dan anak-anak.

Berbaik dengan bekas suami demi anak-anak

Fasha juga dilihat tidak memutuskan hubungan dengan bekas suaminya kerana anak-anak. Mereka dilihat sering bersama jika melibatkan aktiviti anak-anak.

Sebelum ini Fasha mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Fasha dan ramai yang mendoakan semoga keluarga ini terus bahagia.

 

 

 

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.