[VIDEO] Nabil Tinggalkan Ayda Jebat Tepi Jalan, Sheila Rusly Pula Berang Dengan Pengacara

Pelakon popular Ayda Jebat panikk apabila tunangnya, Nabil Mahir meninggalkannya di tepi jalan gara-gara ‘kantoi’ perbualannya bersama lelaki lain menerusi mesej pesanan ringkas di telefon pintarnya.

Ayda yang kelihatan sedih dengan apa yang berlaku telah mengadu kepada pengarah Sheila Rusly tentang apa yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Namun, itu semua hanyalah ‘prank’ yang direka oleh pengacara Alif Farhan dalam program Trek Selebriti untuk mengenakan Sheila.

Sheila yang mengetahui ia hanya rekaan semata-mata, terus berang. Malah Alif dimarahi dengan hebat.

Seperti episod-episod sebelum ini, ‘Prank’ yang direka oleh hos itu sering berjaya dan mengena tetapi kali ini sebaliknya. Dalam diam Ayda, Nabil dan Sheila telah berpakat untuk mengenakan Alif.

Alif terkejut kerana buat pertama kalinya dia telah dikenakan dalam program yang dikendalikan sendiri.

Video ‘prank’ itu dikongsi Ayda menerusi akaun Instagram miliknya.

Ayda dalam kapsyennya memberitahu berpuas hati kerana dapat mengenakan Alif.

“Finale Trek Selebriti Power! Padan muka hang Aliff. Dia mintak babygirl and @nabilmahir prank Mama Sis @sheilarusly_jspictures , tapi kita berpakat dengan Mama Sis untuk prank Aliff balik! Memang kaw kaw dia kena. Hahah!

“Nak main-main dengan Prank Master Nabil & Pelakon Pengarah Power. Amik kau! Sumpah Aliff nak nangis, terduduk lutut terketar weh! Tengok tau! Haha. Sorry Lip! TERCYDUK!,” tulisnya.

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dan lucu dengan ‘prank’ yang dilakukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Trek Selebriti akan disiarkan setiap hari Rabu, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk rekod, Ayda dan Nabil bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.