[VIDEO] Naik Range Rover Buat Video Muzik di Padang Pasir, Caprice Jadi Perhatian Netizen

Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang penyanyi rap iaitu Caprice mendakwa dirinya tidak akan pulang ke Malaysia selagi dia tidak dapat masuk ke Gaza dan mendakwa akan meneruskan aktiviti amal di sana untuk membantu umat islam.

Terkini, tular di media sosial apabila Caprice memuat naik satu posting di Instagram dan menngatakan dia bakal mengeluarkan lagu terbarunya yang bertajuk ‘Tiger of Al-Quds’ pada 10 Oktober 2021 nanti.

Video yang dikongsikan memperlihatkan Caprice sedang menaiki sebuah kereta berjenama Range Rover di sebuah padang pasir di Jordan untuk merakam video klip terbarunya.

Perkongsiannya itu sekali lagi telah mendapat perhatian netizen kerana menggangap perjuangannya di Gaza selama ini adalah lakonan semata-mata.

Caprice turut dikecam netizen di Twitter dan mendapat pelbagai komen serta persoalkan jihhad yang dikatakan penyanyi rap itu sebelum ini tentang ingin membantu umat islam di Gaza malah ada juga segelintir netizen yang berseloroh dengan perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Ni ke yg dia nk kongsikan idea kat Palestin tu smpai tantrum tak dapat masuk Gaza?”

“Terpaling pejuang Al-Quds tapi bendera pun salah. Takkan boleh sewa range rover tapi tak boleh beli bendera betul?”

“Dah zaman2 serba maju ni dah tak sesuai dah nak membohong orang. Topinasi ni dia ingat netizen ni benak agaknya nak bodo2 kan org. Ramai dah orang tahu apa niat dia nak kesana. Ni semua agenda aluminium freeshipping.”

Caprice Pulang Ke Malaysia

Lantaran dengan perkongsian itu, selepas menetap di sana lebih kurang 2 bulan, Caprice turut memuat naik bahawa dia akan pulang ke tanah air serta memberikan ucapan selamat tinggal kepada rakan-rakanya di Jordan.

“Ucapan selamat tinggal untuk beberapa sahabat baru sebelum pulang ke rumah.”

“Tinggalkan Malaysia dengan satu beg sebab fikir akan travel 3 minggu je last-last balik dengan dua beg.” kata penyanyi rap itu.

Terdahulu, Caprice pernah mendapat kritikan hebat daripada warganet mengenai isu bersama seorang pendakwah bebas Ebit Lew dan pernah mendakwa dirinya di ugut selepas memperjuangkan bantuan kemanusiaan di Palestin.

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750