[VIDEO] “Nama kau tu Muhammad!!” Lebih Sejuta Tontonan, Marah Betul Zul Yahya Kali Ini

Pelakon Zul Yahya yang kini sudah tidak lagi bergiat aktif dalam dunia hiburan semakin mendekati agama.

Zul kini lebih aktif menguruskan perniagaannya di samping menyertai usrah agama bersama beberapa alim ulama yang lain.

Tidak ketinggalan dengan isu yang trending sekarang, Zul menyatakan luahannya menersui satu video live di laman Facebook miliknya.

Lebih 1 juta tontonan

Menerusi live di Facebooknya, videonya sudah lebih sejuta tontonan di mana Zul membicarakan tentang usahawan kosmetik yang memakai telekung ketika mengerjakan umrah di tanah suci Makkah.

“Golongan macam ni kalau nak pergi Umrah. Tolong ikut hukum hakam. Jangan nak main langgar je.”

“Kepala ban* dia. Aku geram betul la. Kalau nama memang lelaki, asal lelaki kenalah jadi lelaki.”

“Aku ada kawan MakkNyah yang lagi popular dari kau taw. Tak pernah dia buat macam ni. Kau nak berubah, kau nak beribadah, kena ada adab dan tertib dalam agama.”

Tak salah buat umrah tapi..

Menurut Zul, jika seseorang yang menukar jantina ingin mengerjakan umrah, ianya tidak menjadi satu masalah.

Walaubagaimanapun, individu tersebut perlu melihat kembali fitrah asal usul kejadian dirinya.

Maksudnya di sini, jika dia seorang lelaki, dia seharusnya mengerjakan umrah sebagai seorang lelaki.

Malah menurut Zul lagi, dia mempunyai ramai kawan makknyah dan mereka ini telah berubah.

Zul berkata, kawannya merupakan seorang yang popular sewaktu ketika dahulu di Kuala Lumpur telah berhijrah dan kembali ke pangkuan jalan dan kini telah menetap di pondok dan madrasah serta menjadi seorang yang alim di Kota Bahru.

Islam bukan solat 5 waktu sahaja

“Sebaik-baik manusia dia ada iman dan Islam pada dirinya. Kita islam bukan setakat solat lima waktu sahaja.

“Nak bagitahu orang bukan Islam yang Islam itu indah, berkualiti, tertib. Dakwah orang Islam tunjuklah akhlah yang baik, contoh yang baik.

“Ni kau dah malukan Malaysia. Majlis agama Malaysia tolong perbetulkan ya, kerana ni bab agama. Tolong siapa yang bertanggungjawab tolong ambil tindakan.”

Zul turut kesal kerana individu tersebut telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada golongan bukan Islam.

Sehubungan dengan itu, Zul juga berharap agar pihak berkuasa agama tempatan mengambil langkah sewajarnya agar perkara sebegini tidak lagi berulang lagi.

 

Islam itu bersaudara

“Kita orang Islam, Islam itu indah. Islam penuh dengan pengorbanan. Ini kau salah faham, kau korban sebab nafsu kau. Kita pegi Umrah nak belajar erti korban.

“Saya di sini sedih dengan perkara ini. Sangat rasa dihina walau bukan nama saya dihina tetapi agama saya dihina. Islam itu bersaudara, jadi saudara kena tegur saudara.”

Di akhir video tersebut, Zul sekali lagi menasihati individu tersebut supaya berubah dan bertaubat.

Semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi di kemudian hari.

Video live Zul Yahya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.