[VIDEO] Nampak ‘Entiti Misteri’ Tergantung, Mak Ayah Terkejut Kepala Anak Melekat di Siling Rumah

Keletah kanak-kanak sememangnya sukar untuk diramal. Ini kerana sifat ingin tahu dan mencuba mereka terhadap sesuatu perkara pada usia kanak-kanak adalah perkara biasa.

Walaubagaimanapun, sifat ingin tahu dan mencuba ini yang mampu membuatkan ibu bapa berasa bimbang jika ada perkara yang mereka terlepas pandang.

Gumpalan rambut melekat pada siling rumah seperti filem seram

Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan telah mengejutkan ibu-bapanya apabila terlihat gumpalan rambut yang melekat di siling rumah mereka seolah olah seperti entiti misteri yang berada dalam filem seram.

Menurut laporan yang dilakukan, kanak-kanak perempuan itu terjumpa sebuah lubang di ruang tamu rumah mereka.

Kanak-kanak itu memasukkan kepalanya di dalam lubang tersebut

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di daerah Puding Wilayah Guizhou, China Barat Daya.

Dalam kejadian tersebut, kanak-kanak itu cuba memasukkan kepalanya sehingga kepalanya tersekat di lubang tersebut.

Lubang sebesar 8 inci dibuat untuk pemasangan kipas pelepas haba

Ibu bapa kanak-kanak tersebut menyedari kepala anaknya tidak dapat dikeluarkan dan segera memanggil pasukan bomba.

Menurut mereka, lubang sebesar 8 inci itu dibuat untuk pemasangan kipas pelepas haba yang akan dipasang antara dua tingkat rumah itu.

Kepala mangsa ditutupi rambut panjang dan menyukarkan bomba

Di dalam video berkenaan, kelihatan pasukan bomba sedaya upaya untuk mencari kepala kanak-kanak itu kerana dilitupi dengan rambut.

Apa yang mengerikan adalah kepala mangsa ditutupi dengan rambut panjang dan tergantung secara terbalik di bahagian siling.

Situasi di tempat kejadian sedikit tegang dan membimbangkan tatkala mereka cuba untuk mengeluarkan kepala kanak-kanak tersebut.

Pasukan bomba cuba meluaskan lubang tersebut tetapi tidak berjaya

Seorang anggota bomba cuba menolak kepala kanak-kanak itu sementara yang lain menarik dan memegangnya di tingkat satu rumah tersebut.

Pasukan bomba cuba untuk meluaskan lubang tersebut bagi mengeluarkan kepala kanak-kanak itu namun tidak berjaya.

Kanak-kanak itu tersekat selama sejam secara terbalik sebelum dilaporkan

Apabila kanak-kanak terbabit mengadu kesakitan pasukan bomba cuba meletakkan minyak sayuran di kepalanya untuk melicinkan permukaan rambut agar mudah dikeluarkan daripada lubang tersebut.

Komander Yang Hao dari Bahagian Puding, Anshun Fire Rescue memaklumkan kanak-kanak terbabit telah trsekat selama satu jam secara terbalik sebelum dilaporkan oleh keluarganya.

Bomba mengambil masa selama 40 minit menyelamatkan mangsa

Proses menyelamatkan kanak-kanak itu mengambil masa selama 40 minit sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut ibu bapanya, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nasib baik kanak-kanak itu tidak apa-apa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut mendoakan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak tersebut.

“Hati saya berdegup kencang ketika melihat ada rambut tergantung macam tu, tetapi sekurang-kurangnya kanak-kanak itu tidak apa-apa.”

“Macam dalam adegan The Ring yang hantu merangkak keluar dari sumur. Memang tak patut tengok ni waktu malam.”

Kredit: YOY.MY