[VIDEO] Nikah Masa PKP Tak Dapat Buat Majlis, Pengantin Ini Bawa Anak Kembar Bersanding

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diadakan, ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga namun mereka hanya dapat bernikah di majlis atau pejabat agama sahaja dan tidak dibenarkan melakukan apa-apa majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Hal ini telah membuatkan segelintir pihak berasa sedih kerana tidak dapat berkongsi memori di hari bahagia mereka bersama sanak sudara dan rakan-rakan.

Walaupun ada yang sanggup menunggu dan merancang majlis persandingan mereka di saat pandemik ini, niat itu terpaksa dibatalkan kerana ada yang sudah hamil kerana PKP terlalu lama malah ada juga yang sudah melahirkan anak mereka.

Sama seperti video yang tular di tiktok ini apabila pasangan pengantin membawa anak kembar mereka ketika bersanding.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat kedua mempelai itu mengenakan busana tradisional melayu berwarna maroon memasuki pintu gerbang sambil mendukung dua orang bayi ke atas pelaminan bersama mereka.

Dikatakan, dua bayi comel itu merupakan anak kembar mereka yang baru berusia 3 bulan.

Walaupun sudah mempunyai anak, pasangan itu tampak sungguh manis dipandang seolah-olah seperti pengantin baru walaupun hakikatnya mereka sudah mendirikan rumah tangga selama setahun lebih.

Menurut pengantin perempuan tersebut, Mereka diijab kabulkan pada Februari 2020 dan dia mengetahui dirinya hamil selepas sebulan bernikah iaitu pada bulan Mac 2020.

Tambahnya lagi, mereka berdua nekad untuk bersanding dan membawa anak kembar bersama selepas perintah kawalan pergerakan dilonggarkan pada Januari 2021.

Menerusi video tersebut, pasangan mempelai itu tidak lekang dari senyuman walaupun majlis persandingan mereka tidaklah seperti yang mereka sangka namun kata Nureen iaitu pengantin perempuan, dia tetap bersyukur dengan apa yang tertulis.

Video itu telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka gembira buat pasangan itu kerana dapat melansungkan majlis serta dikurniakan bayi kembar yang comel dan ada juga yang berseloroh tentang membawa anak ke majlis.

“Dah takde istilah mak tak ajak anak ke kenduri kawen mereka.”

Walau bagaimanapun ada juga segelintir pihak yang memandai membuat spekulasi sendiri sendiri sehingga membawa fitnah kepada pasangan itu.

Namun, menurut Nureen dia sudah pun memaafkan netizen yang membuat andaian mereka tersendiri mungkin kerana hal ini baru untuk mereka.

“Yang mana konfius tu dan buat andaian sendiri. Nureen maafkan. Nureen dan suami bernikah awal feb 2020 dan bulan 3 dapat tau preggy.

“Tak sempat nak sanding disebabkan PKP. Awal jan 2021 , kami sanding sekali baby ”

Video tular di Tiktok

@nreennaimaaasape macamni jugak kita geng ? 🤣🤭#pengantinpkp #babytwinspkp #zyxcba #masukberanda♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

@tunsyazreenbeta janji jaga 🙋🏻 @nreennaimaaa Syukur dapat naik pelamin sekali anak 🥰#fyp #foryourpage #foryouシ #esekeli #tiktokmalaysia #tiktokindonesia♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

 

Kredit: YOY.MY