[VIDEO] Pasangan Pelakon Maut Kemalangan, Pemberita Menangis Live Anak 1 Tahun Jadi Yatim Piatu

Khabar pemergian Vanessa Angel dan Febri Andriansyah di dada akhbar baru-baru ini nyata menggeparkan ramai pihak bukan sahaja di Indonesia malahan juga di Malaysia.

Mengulas lanjut, Polis melakukan soal siasat terhadap pemandu, Tubagus Muhammad Joddy, pada Sabtu, 6 November 2021 dan difahamkan kemalangan berpunca daripada memandu dengan kelajuan berlebihan dengan melebihi 120 km sejam dan adakalanya menghampiri 200 km sejam, dan tidak memakai tali pinggang keledar serta Tubagus juga mengakui turut menggunakan telefon pintarnya untuk membuat panggilan dan merakam perjalanan itu untuk dimuat dalam Instastory dalam Instagramnya.

Namun siasatan terhadap Tubagus akan diteruskan setelah Tubagus hilang daripada Trauma.

Vanessa dan Febri meninggalkan seorang cahaya matanya yang bernama Gala Sky berumur 1 tahun 4 bulan, difahamkan Gala yang terselamat dalam kemalangan itu mengalami bengkak yang serius di bahagian muka dan kini ibu saudaranya mengambil hak penjagaan sementara sehingga siasatan polis dijalankan.

Apa yang ditanggung anak kecil ini jelas mengundang sebak orang ramai dimana dia menjadi anak yatim piatu pada usia yang sangat muda dimana pada usia begini dia memerlukan perhatian yang leih daripada ibu dan bapanya.

Turut bermurah hati, seorang jutawan Indonesia juga tampil untuk menyara hidup Gala Sky dari sekarang hingga dewasa kelak.

Dalam sesi temubual di berita televesyen nasional, saksi penyelamat Gala tersebut diundang untuk bercerita lanjut tentang kemalangan tersebut namun kelihatan pembaca berita yang bersiaran secara live itu tidak dapat menahan sebak dek kerana dia juga merupakan ayah yang mempunyai anak kecil dan tidak dapat membayangkan macam mana jika peristiwa hitam itu terjadi kepada dirinya dan anak-anaknya.

“Saya juga seorang bapa yang mempunyai bayi dan saya tak boleh bayangkan.. kita doakan yang terbaik buat bayi ini..”

“Terima kasih atas pertolongan Encik.. encik menyelamatan anak ini dan saya dapat merasakan bahawa apa yang encik lakukan mewakili apa yang mungkin saya lakukan juga ketika saya ada di lokasi dan setiap manusia yang ada di lokasi pasti akan melakukan upaya terbaik untuk menyelamatkan anak itu (Gala)..” katanya.

Video yang tular di TikTok:

@imahcakwin Kelak tumbuh jadi anak yg sholeh baby #galasky #vanessaangel #bibiardianysah #fyp ♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 807.6K tontonan, 59.3K tanda suka, 1087 komen dan 1972 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mendoakan yang terbaik buat gala dan ada juga yang berharap agar suatu hari nanti Gala tidak melupakan jasa orang yang menyelamatkan nyawanya sewaktu tragedi hitam itu.

Jenazah Vanessa Angel dan suaminya Febri Ardiansyah di makamkan di Taman Makam Islam Malaka Pesanggrahan, Jakarta Selatan pada Jumaat dan keduanya dimakamkan dalam satu liang lahat atas permintaan keluarga.

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917