[VIDEO] “Pura-pura pakai bra..” Anak Tak Berhenti Menangis, Ayah Terpaksa Pakai Baju Ibu

Jika dilihat dari sudut keibu-bapaan, anak kecil lebih rapat dengan ibu mereka lebih-lebih lagi bayi bagi anak kecil yang masih menyusu badan.

Hal ini kerana, anak kecil biasanya menginginkan selesaan dan sentuhan dari badan ibu mereka.

Namun begitu, perkara ini sedikit menyukarkan bagi ibu bapa yang bekerja di luar lebih-lebih lagi jika anak mereka sejenis yang suka didukung dan menghisap susu badan setiap masa.

Tular di media sosial Tiktok apabila seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Wiwin Saputri telah memuat naik satu video pendek.

Kelihatan video ini menampakkan suaminya sedang meniru badan isterinya demi menjaga anak mereka yang masih kecil.

Justeru, suaminya mendukung anak dengan memakai baju dalam milik si isteri telah mendapat tumpuan para netizen.

Ibu pergi kerja

Menurut Wiwin, video tersebut diambil sewaktu dia meninggalkan anaknya bersama suami oleh kerana dia pergi bekerja.

Difahamkan suaminya buntu tatkala anaknya menangis dan merengek kerana mahu didukung namun dia hanya mahu didukung oleh ibunya sahaja.

Mahu hentikan tangisan

Lantaran itu, suaminya mendapat idea untuk menghentikan tangisan anaknya dengan memakai pakaian milik Wiwin dan ternyata idea lucu itu berjaya menghentikan rengekan si anak.

Rata-rata netizen terhibur dengan idea bernas si ayah, ternyata benar seorang ayah pasti mempunyai akal yang panjang dan kreatif jika ditugaskan menjaga anak.

Ayah yang hebat

Ada juga netizen yang menyangkal ayahnya seorang yang hebat manakala isterinya sangat beruntung kerana mempunyai suami yang bertanggungjawab dan sanggup menjaga anak disaat ketiadaan isteri di sisi.

“Jangan cerewet minta ayah jalan-jalan kampung pula ya nak” – Netizen

“Kelakar tapi kesian ayahnya”

“Hebat ayahnya”

Wiwin juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang melihat video tersebut kerana dia sendir tidak menyangka video tersebut akan tular serta dia turut menjelaskan anaknya sememangnya tidak mahu didukung oleh orang lain temasuk ayahnya sendiri.

Video tular di Tiktok

@winsya30Maaf ya, Trimakasih ❤️♬ suara asli – Pisces

Video tular itu telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan, 115 ribu tanda suka dan 4511 komen di akaun Tiktok milik Wiwin Saputri.

Kredit: YOY.MY