[VIDEO] Rider Selamba Menyelit Laluan Tol Sebabkan Kereta Dihempap Palang

Di Malaysia, bukan sahaja kita ‘famous’ dengan pengguna kereta ‘cucuk’ rapat belakang sebab enggan bayar tol, tapi ada juga penunggang motorsikal yang degil dan tidak mahu menggunakan jalan motorsikal yang telah disediakan.

Merupakan kelebihan di negara kita, penunggang motorsikal tidak perlu membayar perkhidmatan tol seperti kenderaan bertayar empat yang lain namun ada segelintir masyarakat mengambil kesempatan dengan menyelit di laluan utama tol sehingga menyebabkan kenderaan lain dihempap palang tol.

Sama juga dengan kisah seorang pengguna tol baru-baru ini yang berkongsi rakaman video dashcamnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan dia berada di laluan TnG & RFID paling kiri dan mahu keluar daripada laluan tol, secara tiba-tiba ada seorang rider penghantar makanan ‘menyelit’ di bahagian kiri.

Hal ini menyebabkan palang tol tertutup menghempap cermin dan bumbung hadapan kereta lelaki ini.

Video yang berdurasi 12 saat itu bagaimanapun mengundang perhatian ramai pihak.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak puas hati dengan sikap rider yang mementingkan diri sendiri sehingga mendatangkan kemudaratan serta kerugian kepada orang lain.

Dalam pada masa yang sama ada juga segelintir meminta lelaki ini untuk melaporkan hal tersebut kepada syarikat penghantar makanan tersebut supaya dia dapat membuat tuntutan ganti rugi yang setimpal.

Menjengah ke ruangan komen, ini antara reaksi dan pandangan warga netizen:

“kalau dapat no plate rider ni buat report dekat grab terus confirm terminate dan nama blacklist”

” dia cari rezeki, aku pun cari rezeki tapi buat naya dekat orang”

” sesetengah rider dia rasa dia kalis undang-undang”

Sebagai pengguna motorsikal, ikut lah undang-undang yang telah disediakan dan manfaatkan kelebihan daripada pihak kerajaan sebagai pengguna motorsikal agar tidak menyusahkan pengguna tol yang lain.

Kredit: YOY.MY