[VIDEO] “Rumah sepah siap la,” Ibunya Pengantin Bebel di Majlis Kenduri Jadi Perhatian Netizen

Kuat membebel adalah satu sikap yang sering dikaitkan dengan golongan wanita terutama kaum ibu.

Memang tidak dapat dinafikan lagi ibu-ibu di seluruh dunia tidak kira apa bangsa sekalipun mempunyai sikap suka membebel.

Namun, disebalik bebelan seorang insan yang bergelar ibu, akan terselit nasihat dan panduan serta kasih sayang supaya anak yang dikasihi menjadi insan yang berguna.

Ibu sempat membebel ketika majlis perkahwinan buat tetamu ketawa

Begitu juga seperti wanita ini yang terpaksa menadah telinga mendengar ibunya membebel ketika di majlis perkahwinannya di hadapan suami dan rakan-rakannya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan seorang wanita berbangsa cina dengan berpakaian cheogsam sedang berborak dengan anaknya Emilia atau nama islam Nur Aisya Humaira di hadapan pintu masuk kenduri berkenaan.

“Jaga Makan Minum Suami Bukan Suami Jaga Lu”

Menurut sumber, wanita itu merupakan mualaf cina dan telah mengahwini seorang jejaka melayu.

Di dalam video tersebut, ibunya menasihati anak perempuannya itu dengan nada yang kuat dan menyebabkan anak perempuannya yang berpakaian pengantin itu berasa segan sambil ketawa.

Ini kerana pengantin ini menerima bebelan ibunya di hadapan orang ramai dan berseloroh meminta ibunya pulang dengan segera.

Namun, ibunya tidak berhenti menasihatinya dengan nada yang kuat agar dia sentiasa beringat bahawa dia sudah mempunyai tanggungjawab menjaga makan dan minum suami. Ibunya juga turut berpesan untuk menjaga kebersihan rumah.

Nasihat seorang emak

“Mak pesan, saya kena jaga suami bukan jaga saya. rumah kena bersih bersih. mau jaga baik baik. kalau dia dtg rumah tgk rumah sepah siap sedia la.”

“Oleh itu, dia segera memeluk ibunya dan memohon maaf. Orang ramai yang hadir juga turut terhibur dan ketawa dengan gelagat dua beranak itu berborak.”

Menerusi video yang tular di aplikasi  TikTok, video tersebut telah mendapat perhatian netizen.

Ingatkan mak-mak melayu je macam ni

Ini kerana ramai yang melalui perkara yang sama sering mendengar bebelan ibu mereka namun itulah yang menjadi nasihat terbaik untuk anak-anak.

“Ingatkan mak-mak melayu je macam ni. Kalau dah nama pun Asian mom, memang sama la.” ujar seorang netizen di ruangan komen.

“Nasihat seorang emak walaupun dah berlainan agama, kasih sayang tidak akan terputus sampai bila-bila darah daging tetap mengalir.”

Video tular di TikTok

@emiliacomotBila kau jenis semua benda tak reti 😂 ##mixmarriage ##mualaf ##tiktokmalaysia ##fyp ##fypdongggggggg ##fypシ ##fypage♬ original sound – Emilia Comot – Emiliaa ❣️

 

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 818