[VIDEO] “Rumah sepah, wife tak kemas ke?” Nafi Isteri Pemalas, Lelaki Ini Tenang Jawab Komen Netizen

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.

Namun, bila dah ada anak-anak kecil di rumah, sudah pasti kawasan dalam rumah akan dipenuhi dengan mainan yang bersepah.

Bukan itu sahaja, pasti akan ada barang yang akan dipunggah oleh si kecil walaupun kita baru sahaja kemas kerana fitrah anak itu bermain, meneroka dan bereksperimen.

Menjaga anak kecil bukanlah mudah dan menjadi hal yang sangat mustahil untuk memastikan rumah itu bersih dan tidak bersepah.

Apatah lagi bagi anak-anak yang sudah mula berjalan, kecenderungan mereka untuk menerokai kawasan sekeliling memang sukar dikawal.

Setiap sudut di dalam rumah dari ruang tamu sehinggalah ke dapur ada sahaja yang mereka nak sepahkan. Terkadang botol kicap pun boleh dijadikan mainan mereka.

Terbaru, seorang lelaki yang juga merupakan anggota polis memuat naik satu video anaknya yang sangat comel menerusi aplikasi Tiktok.

@bapaknsuamiorang2Santai♬ Give love inkigayo Mc – Loeynana

Namun siapa sangka perkongsian lelaki itu tentang cahaya matanya mengundang persepsi negatif warga netizen.

Ada netizen yang mula mempersoalkan tentang keadaan rumah yang terlihat bersepah dan tidak kemas.

Menerusi ruangan komen video terbabir, seorang netizen telah meninggalkan komen yang menyalahkan dan mempertikaikan isteri lelaki tersebut kerana tidak mengemas rumah dan membiarkan rumah dalam keadaan bersepah.

“Boleh ye hidup rumah sepah yang tak kemas macam tu? wife encik tak mengemas ke?”

Tanpa melenting, lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Encik Azirul menjelaskan situasi tersebut adalah normal jika kita anak tambahan pula anak lelaki yang fitrahnya memang lasak. Kemas lah berapa banyak kali pun, tetap juga akan bersepah.

“Ada juga eh soalan macam ni”

@bapaknsuamiorang2Reply to @niachemoky♬ original sound – Bapak&SuamiOrang🟥🟨🟥

 

Lelaki itu juga turut memaklumkan kawasan berkenaan adalah di kediaman jiran sekitar.

Biarpun begitu, ada juga netizen yang faham dengan situasi tersebut dan merupakan perkara biasa buat pasangan yang bergelar suami isteri.

Keadaan rumah juga bila dlihat secara teliti, tidak lah terlalu kotor dan tidak terurus.

Bagi insan yang bergelar ibu sudah tentu anda akan memahami situasi sebegini dan ianya merupakan satu benda yang normal.

Menjengah diruangan komen, pelbagai reaksi dan juga pendapat daripada warga netizen yang boleh kita lihat dan diantaranya ialah:

“Betol.. biase larh tu.. rumah saya kemas kejap 5 minit lps tu sepah balik”

“Tak pernah ade anak kecik ke yg komen tu ”

“Boleh tak apa apa jangan salahkan isteri? tangan tu tak de ke nak kemas rumah sendiri yang komen tu”

“Sabarla dengan komen2 orang mcm tu..sabo ye..harap2 Klu org yg komen tu tngok vedio awak nie..dia dah faham..”

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750