[VIDEO] Sampai Nak Muntah Makan Ubat, Aksi Gadis Ini Tarik Perhatian Netizen

Sebut sahaja pasal ubat pasti ada yang akan merasa loya sedangkan orang yang biasa dengan ubat-ubatan pun tidak suka inikan pula dengan orang yang susah nak makan ubat.

Namun jika berasa tidak sihat, itu sahajalah jalan untuk sihat semula iatu memakan ubat-ubatan yang disarankan oleh dokter walaupun masih mencari alasan untuk mengelak.

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia berkongsi videonya di Tiktok yang memaparkan dia sedaya upaya cuba untuk memakan ubat.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen kerana dia terpaksa memakan ubat akibat tidak sihat.

“Susah makan ubat sampai kena ambil mood dulu”

Gadis yang dikenali sebagai Hawa ini membuat kapsyen bertanya sama ada masih ada lagi kah orang yang susah mengambil ubat sepertinya.

“Ada tak kat sini geng susah makan ubat?”

Menerusi video yang dibuat olehnya, Hawa kelihatan merakam situasi dirinya setiap kali mengambil ubat.

Justeru, di dalam video itu kelihatan dia sukar menelan ubat sehingga perlu mencuba beberapa kali dan hamoir termuntah.

Reaksinya itu yang buat rata-rata netizen merasai perkara yang sama dengannya.

Pada cubaan pertama, gadis itu mengambil masa 30 minit untuk mengambil mood kerana tengok ubat sahaja dia suruh mahu termuntah. Cubaan kedua pula, ubat tersebut tersekat di tekaknya yang membuatkan dia segera muntah di singki.

Malah, dia juga mencuba menelan ubat dengan meminum air Sunquick. Gadis itu telah mencuba sebanyak tiga kali percubaan memakan ubat dan akhirnya ada kali ketiga barulah dia berjaya menelan ubat tersebut lalu berasa sangat lega.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen di Tiktok. Ada yang mempunyai sikap yang sama kean fobia dengan ubat dan ada juga yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk menelan ubat ubatan lain.

“Betul weh aku kena tumbuk dulu ubat tu bagi hancur baru telan, lebih rela sakit dari makan ubat hahaha” – Netizen

“Aku sampai kena marah dengan doktor sebab dah besar pun tak reti makan ubat”

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.2 juta tontonan, 157K tanda suka dan 9K komen di laman TikTok, rata-rata netizen dapat relate dengan gadis tersebut.

@hawajoe99ada tak kat sini geng susah makan ubat? 🥴 ##fyp ##foryou♬ original sound – hawajohanis

 

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 750