[VIDEO] “Saya Dah Salam Kat Rumah”, Jawapan Datin Alyah Bila Jihan Suruh Salam Tok Ram

Gegar Vaganza antara rancangan tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua penonton dengan keunikan rancangan ini yang membawa artis-artis lama kembali ke pentas.

Pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini yang berlangsung pada malam tadi membuat kejutan kepada semua termasuk penonton dan peserta apabila tiada penyingkiran untuk minggu ini.

Penampilan sulong Datin Alyah di Konsert gegar vaganza

Konsert pada minggu kelima ini telsh diserikan lagi dengan penampilan pertama dari Datin Alyah di pentas gegar vaganza pada tahun ini.

Setelah masuk enam edisi, Datin Alyah diundang sebagai penyanyi undangan bagi memeriahkan konsert pada minggu ini.

Runut bunyi bagi drama Cemburu Seorang Perempuan

Datin Alyah menyampaikan single terbaru yang berjudul Meluruh yang turut dijadikan runut bunyi untuk drama bersiri, Cemburu Seorang Perempuan yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD.

Lagu ini dijemput sebagai salah satu strategi promosi untuk drama yang dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong itu.

Sementara itu, hos tetap bagi GV6 Jihan Muse dan Nabil Ahmad turut mengusik Datin Alyah dan juga Datuk Ramli MS yang juga merupakan juri tetap GV6.

Saya tak ambil hati-Datin Alyah

“Kami dari keluarga GV ni besar, tapi saya mewakili Nabil nak minta maaf kot apa yang dia cakap mengguris hati Datin,” kata Jihan lalu dijawab penyanyi berkenaan.

“Ada bendalah yang dia (Nabil) cakap tu, kadang-kadang perlu ke cakap. Tapi saya tak ambil hati. Saya sudah biasa sebab acara tahunan,” ujar Alyah lalu dibawa kedua hos untuk bersama-sama menonton.

Namun begitu difahamkan Datin Alyah hanya sempat menonton satu segmen sahaja kerana komitmen yang perlu didahulukan olehnya.

Sebelum itu, ketika bintang ini dibawa ke ruang penonton dan duduk di belakang suami, Jihan sempat memaklumkan Alyah supaya mencium tangan suami dan dijawab ringkas bintang berasal dari Gelang Patah, Johor itu.

 

View this post on Instagram

 

Buat hal! Haha scene ni memang rare di GV6 kan? Sporting Tok Ram dan Datin Alyah. Gituewww #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Menerusi adegan yang spontan dan menarik itu sempat dirakam oleh Media Hiburan dan video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari peminat.

Sementara itu, hos pada GV6 pada kali ini adalah Nabil Ahmad dan Jihan muse, sesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Semoga semua peserta membuat persembahan yang terbaik dan selamat berjuang buat semua peserta-peserta GV6.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.