[VIDEO] “Saya masih terus menangis..” Bayi Dipantau 6 Doktor Di NICU, Oki Setiana Dewi Sedih

Pelakon popular Indonesia, Oki Setiana Dewi akui terlalu sedih memikirkan bayinya masih belum sembuh dan berada di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal) sejak dilahirkan pada Isnin.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Oki, puteranya yang diberi nama Sulaiman kini dipantau oleh enam orang doktor kerana mengalami masalah pernafasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi)

“Saya dan Sulaiman masih di sini. Masalah pernafahannya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan..

“Semalam doktor beritahu Sulaiman harus dipantau oleh 6 doktor. Hingga hari ini saya selalu berdebar saat doktor mengumumkan hasil pemeriksaannya.

“Walaupun tak ingin menangis, ternyata saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, “Sebelum ini Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan.. kita jalani ujian Allah ini,” katanya.

Oki berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia berkongsi gambar tangan anaknya yang digenggam ketika melawat di NICU.

Oki turut berterima kasih kepada yang mendoakan serta memberi sokongan moral kepadanya.

“Tak lupa saya ucapkan terimakasih, pada banyak sahabat yang berkongsi cerita. Begitu banyak cerita yang dilalui dengan begitu sabar dan kuat.

“Terima kasih telah ‘menemani’ saya dengan sokongan dan cerita-ceritanya. Mohon terus doakan Sulaiman ya,” katanya lagi.

Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada Isnin lalu secara pembedahann.

Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Video Oki di hospital

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi)