[VIDEO] “Saya mungkin nampak kuat,” Nabila Razali Komen Isu Netizen Suka Kecamm Artis

Penyanyi Nabila Razali yang selalu menerima kecaman netizen mengakui faham perasaan yang dilalui oleh penyanyi Noraniza Idris dan Aishah.

Nabila, 27, berkata, dia meminta netizen untuk lebih menghormati dua penyanyi berkenaan yang lebih berusia dan menulis komen dengan berhemah.

“Kadang-kadang ada perkataan yang dilontarkan oleh netizen terlalu kasar dan tidak sepatutnya diberika kepada sesiapa pun.

“Jika perlu komen, komen dengan penuh berhemah dan janganlah guna ayat yang kasar.

“Tahun 2020 adalah masa untuk menjadi lebih matang, positif dan sepatutnya memberikan kata-kata semangat kepada anak seni kita, ”ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini berkata, mereka juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

“Harap orang di luar sana letakkan sedikit rasa hormat dengan tidak menulis komen keterlaluan kerana kami pun manusia biasa” ujarnya.

Terdahulu, Nabila Razali, ‘terkucil’ ketika mendendangkan single Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini pada program Meletop Mega Raya Ria sempena 1 Syawal, minggu lalu,

Sebaik rakaman video menjadi viral, aksi Nabila yang membahasakan diri sebagai Bella, terus menjadi buat mulut warganet.

Lama berdiam diri, Nabila akhirnya bersuara.

“Pertama sekali, saya mohon maaf kerana mengecewakan awak semua. Saya tidak meletakkan kesilapan ini kepada sesiapa, sebaliknya diri sendiri

“Saya pasti akan memperbaiki kelemahan diri pada masa hadapan. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

Nabila turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang cuba menenangkannya ketika diuji dan dikecam.

“Kepada mereka yang menghantar mesej langsung, WhatsApp dan menelefon untuk memberi semangat, terima kasih diucapkan kerana selalu ada bersama.

“Terima kasih kerana berkongsi cinta dan kasih sayang dengan saya. Anda tahu siapa.

“Memang itu yang saya perlukan ketika ini. Saya doakan yang baik juga untuk semua,” katanya.

Luahan Nabila di Instragram (IG) berhubung kontroversi itu juga pantas menarik perhatian pengikut termasuk peminat tegar yang bersimpati dengan dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.