[VIDEO] “Sebulan RM2000 barang dapur,” Suami Bebel Isteri Beli Barang Dapur Buat Netizen Terhibur

Pada zaman yang serba moden ini ramai wanita turut sama bekerja dan mempunyai kekangan masa untuk menyediakan juadah untuk seisi keluarga.

Selain itu, ada diantara kita lebih gemar untuk makan diluar atau pesan makanan atas talian sahaja oleh kerana sibuk bekerja.

Air tangan isteri mampu tambat hati suami

Namun begitu sebagai seorang isteri, jika ada masa terluang pastinya mereka mahu menyediakan makanan dari air tangan sendiri agar dapat menambat hati suami.

Kata orang, makanan dan masakan ikhlas dari si isteri adalah pengikat kasih sayang sebagai suami isteri dalam berumah tangga.

Suami terkejut isteri belanja barang dapur hingga beratus-ratus

Walaubagaimanapun, harga barang basah dan keperluan dapur  ketika ini tidaklah murah seperti dulu lagi.

Malah, ada suami yang terkejut dengan pembelanjaan dapur apabila isteri berbelanja hingga beratus-ratus hanya untuk membeli barang dapur.

Begitu juga dengan kisah yang terjadi kepada seorang isteri ini yang baru sahaja pandai memasak.

Bersykur suami sokong isteri untuk terus belajar memasak

Menurut Nia, dia baru sahaja belajar memasak sekitar dua atau tiga minggu yang lalu.

Dia bersyukur kerana suaminya sangat memahami dan menyokong dirinya untuk terus belajar.

Suami terkejut isteri belanja barang dapur hingga cecah RM500

Baru-baru ini Nia telah berkongsi video di Tiktok dimana dia dan suaminya pergi membeli barangan dapur untuk memasak.

Apa yang mencuti hati adalah, reaksi suaminya yang terkejut dengan harga barangan yang mencecah RM500 telah menarik perhatian netizen.

Barang dapur cecah RM2000 sebulan

Menurut suaminya, mereka akan membeli barangan dapur setiap minggu dan berjumlah RM500. Jika dihitung jumlah barangan dapur sebulan telah mencecah RM2000.

Justeru, suaminya sempat berseloroh sambil membaling barang-barang yang dibeli ke dalam bonet kereta dan kedengaran Nia berdekah ketawa dengan gelagat suaminya.

Nasib baik 5 tahun lepas tak reti masak

“Nasib baik 5 tahun lepas tak reti masak, kalau tak kita tak sempat kaya.”

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berasa terhibur dengan reaksi suaminya dan bersetuju dengan harga barangan yang kini semakin mahal.

“Aku percaya RM500 sebab kalau beli troli penuh pun RM400 ke atas. Zaman sekarang harga mahal, siapa yang tak beli dorang tak percaya la, cuba tunjuk resit dekat dorang.”

“haa baru tahu masak guna duit, sis duduk 4 orang hidup sederhana je tak macam orang kaya tapi belanja pun RM900 sebulan.”

“Yang tinggal sorang pun barang dapur dah seratus lebih belum masuk barang lain lagi.”

Video tular di laman Tiktok

@nia_syaqieraMarah betul ke tu Royyy HAHAHAHA ##spontanrohing ##founderrohina♬ bunyi asal – NiaSyaqiera

Mereka juga turut berkongsi pengalaman membeli barang keperluan dan merasai pengalaman yang sama dengan wanita ini.

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 818