[VIDEO] Sedang Dipapah Ke Wheelchair Tiba-tiba Berlari Laju, Takut Tong Oksigen Terjatuh Meletup

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan situasi cemas yang berlaku dalam sebuah wad di hospital.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah ketika kejadian berlaku seorang pesakit yang dirawat di katil seakan bertukar jadi sihat sekelip mata kerana cemas.

Kejadian tersebut tular menerusi satu rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam di sebuah hospital di Indonesia.

Pesakit yang berbaju oren sedang dipapah keluarganya

Pada awal video berkenaan jelas menunjukkan suasana di dalam wad memperlihatkan seorang pesakit perempuan sedang diziarahi ahli keluarganya.

Beberapa minit sebelum keadaan cemas itu berlaku, keadaan dalam hospital ketika itu kelihatan tenang.

Pesakit dipapah oleh keluarga menuju ke kerusi roda 

Pesakit wanita yang memakai baju berwarna oren itu dilihat sedang dipapah oleh keluarganya.

Difahamkan, ahli keluarga wanita itu memapahnya untuk dinaikkan ke atas kerusi roda di hujung katil.

Seorang pelawat tidak sengaja terlanggar tong oksigen

Bagaimanapun salah seorang pelawat di situ tidak sengaja terlanggar sebuah tong oksigen bersaiz besar yang berada di sebalik tirai wad hingga tumbang di atas lantai.

Dalam sekelip mata, keadaan tiba-tiba bertukar menjadi panik dipercayai kerana mereka bimbang tong oksigen yang jatuh tadi akan meletup.

Pesakit yang dipapah terus bertukar sihat sekelip mata

Kejadian itu berlaku sekelip mata dan lantas kesemua mereka berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Pada masa yang sama, pesakit yang dipapah dan tenat tadi tiba-tiba bertukar menjadi sihat sekelip mata.

Kesemua termasuk pesakit berlari ke luar

Ini kerana menerusi video berkenaan pesakit tersebut turut sama berlari ke luar menyelamatkan diri daripada ‘letupan’ tersebut.

Mendengar kekecohan yang berlaku, seorang kakitangan hospital masuk ke bilik wad itu dan membantu membangunkan semula tong gas tersebut.

Tiada sebarang kejadian buruk berlaku

Akhirnya, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini seperti yang dibayangkan mereka berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah menimbulkan pelbagai maklum balas daripada netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pesakit yang boleh sembuh hanya disebabkan tong oksigen itu terjatuh.

Video yang tular di Instagram

“Kepanikan saat tabung oksigen lupa ditutup , salah satu keluarga pasien menjatuhkan tabung tersebut dan kepanikan terjadi seketika secara spontan.”

“Alhamdullilah semua pesakit sembuh tanpa obat dan bisa berlari kencang.”

 

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 818