[VIDEO] Seminggu Bebas, Da’i Syed Aktif Semula di Media Sosial, Gadis Tiktok Luah Rasa Rindu

Selepas hampir seminggu berada di luar, pendakwah muda, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail, 25 dilihat mulai kembali aktif di media sosial.

Baru saja sebentar tadi, bekas peserta program Da’i Pendakwah Nusantara itu telah memuat naik beberapa nukilan isi hatinya sepanjang berada di dalam lokaaptahanan di Shah Alam dan Petaling Jaya.

Pada masa sama, Da’i Syed juga sudah bertemu dengan rakan-rakannya apabila penyanyi, Ryan Deedat memuat naik video sedang makan bersama pendakwah tersebut di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aizat Jaafar (@mohdaizatjaafar)

Menerusi perkongsian Ryan, dapat dilihat Da’i Syed kelihatan ceria dan sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab sebagai cara menyapa para peminat di video yang dimuat naik rakannya itu.

Rentetetan perkongsian tersebut, ramai warganet terutamanya gadis Tiktok menzahirkan rasa kerinduan mereka kepada pemuda berusia 25 tahun terbabit dan tidak sabar menanti kemunculan Da’i Syed selepas apa yan g berlaku sebelum ini.

Rata-rata mereka meminta Ryan Deedat menyampaikan salam mereka kepada pendakwah itu dan berharap agar dia tabah menerima segala dugaan yang mendatang.

Apa yang anda tak tahu tentang Dai Syed

Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah Malaysia.

Syed dikenali umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat pada 2016 yang meletakkannya di tempat keempat.

Berumur 25 tahun (2020) dan berasal dari Perlis, Syed berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir.

Bakatnya mula dikesan daripada rancangan realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4) pada 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat.

Antara lain, beliau pernah menyertai program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) pada 2018 sebagai wakil Malaysia dan meraih tempat ketiga.

Syed terkenal dengan penampilan yang bersahaja serta sering mengenakan fesyen kasual seperti remaja seusianya yang lain.

Pada Julai 2020, Syed mendedahkan status dirinya yang sedang berhubungan cinta dengan seorang aktres tidak menutup auratt, namun dirahsiakan identitinya.