[VIDEO] “Semua ko nak rakam” Muatnaik Video Proses Kebumi Sahabat, Hafiz Mahamad Dihantam Tak Hormat..

Atas rasa kasih sayang terhadap seorang sahabat, usahawan dan instafamous terkenal, Hafiz Mahamad telah memuat naik video proses pengebumian sahabatnya di Kelantan ke Instagram miliknya.

Video yang telah mendapat lebih 2 juta views itu memaparkan Hafiz yang telah membantu dari segala segi berkaitan pengurusan jenazah rakan baiknya, Loh yang sebelum ini mengalami masalah kesihatan dan ditempatkan di sebuah hospital.

Antara perkara mengagumkan yang dilakukan Hafiz dalam pengurusan jenazah arwah Loh ialah mewakafkan van jenazah di masjid kampungnya, mengimamkan solat jenazah dan sehinggalah ke tahap turun ke liang lahad untuk mengebumikan jenazah sahabatnya itu.

“Semua benda ko nak rakam, cari publisiti murahan” 

Walau bagaimanapun, niat Hafiz berkongsi perjalanan terakhir sahabatnya itu mendapat tanggapan buruk sesetengah netizen yang menganggap ia adalah satu tindakan tidak sopan.

Malah lebih teruk lagi, rata-rata netizen juga melihat rakaman video arwah yang meninggal dunia itu dibuat dengan niat untuk mendapatkan content untuk dimasukkan ke dalam akaun media sosial instafamous tersebut. Aduh… 

 

“Motivasi sahabat yang baik dan patut dicontohi” 

Macam manapun, tak semua orang mengecam Hafiz. Masih ada juga beranggapan niat Hafiz hanyalah nak berkongsi perkara baik dan menjadi contoh buat semua. So kita janganlah cepat judge orang okay? 

 

Hafiz telah memuatnaik video berikut di laman Instagram miliknya semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 

“Ini kali terakhir aku datang sahabat. Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada

“Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan

“Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah

“Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni

“Sahabat yg membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya loh

“Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat

“Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lg sebak tu

“Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat

“Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?

“Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat

“Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu kt sana

“Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan & sahabat sahabat kita yg lain loh”

Walau apa pun admin ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.