[VIDEO] “Seram, tengok komen ada suara orang menangis” Shuk Buat Live Dalam Lif Tapi…

Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar berkongsi sesuatu yang agak menakutkan di Instagram miliknya.

Shuk memuat naik sedikit video pendek daripada live Instagram miliknya ketika membuat satu permainan teka teki di dalam lif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. Mula-mula saya live biasa je. Lepastu kami main teka-teka umur dan nama. Siapa menang dia dapat duit rm150.

“Kemudian saya tengok kat ruang komen semua kata ada suara orang menangis padahal saya tak dengar apa pun,” tulis Shuk pada entri video live tersebut.

Tambah Shuk, dia hanya menyedari perkara tersebut apabila ada orang yang menghantar rakaman live tersebut kepadanya dan mendengar sendiri bunyi seorang perempuan sedang menangis.

“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk @rossa.sera ..dan belum sempat buat doa selamat lagi. Takpa esok saya cuba panggil ustaz untuk check benda apa sebenarnya,” tulis Shuk lagi.

Ramai peminat yang meninggalkan komen turut mengakui mendengar suara perempuan menangis tersebut.

“Seriuslah tadi saya ingat ada orang main-main sebab abg Shuk macam tak kisah,” tulis rihhadatul_978.

“Seram bai. Dahlah den dok rumah sorang-sorang. pi dengar pulak. Menyesal,” tulis mahdaut.

“Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah jer. First masa teka beg tu lagi. Time tu dah ada bunyi nangis tapi buat bodo jer. Tak tau pula ada yang lain lagi. Seram,” komen uchopp_yus.

“Saya dengar dari first tadi. Masa Shuk nak vc pemenang nama sue. Tetiba dengar suara menangis. Ingat pendengara salah dengar. Tapi still sama dengar benda sama. Pastu first komen semua cakap benda sama. memang betul dasyat real first time dengar suara macam ni dalam live orang,” komen hairul_1692.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkahwin dengan Rossalennah Asshaferah dan mempunyai seorang anak.

Shuk mula menempa nama selepas menyertai Raja Lawak musim kelima pada tahun 2011 dalam kumpulan Balas bersama Fendi dan muncul sebagai pemenang tempat ketiga.