[VIDEO] Sertai Tabligh Bersama Nabil, Anuar Zain Nyanyi Lagu Sambil Buat Teh Tarik

Sejak akhir-akhir ini, ramai artis yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik dan berkongsi berita baik itu di media sosial masing-masing.

Ada artis yang mula bertudung, mengikuti program keagamaan dan ada juga yang cuba khatamkan Al Quran seperti Nana Mahazan, Izara Aisyah serta Nabil Ahmad.

Anuar Zain sertai program dakwah bersama Nabil

Terbaru, seorang penyanyi yang cukup hebat dan berbakat iaitu Anuar Zain atau nama sebenarnya Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini dilihat turut menyertai program dakwah bersama Nabil.

Tetamu minta Anuar Zain dendangkan lagu

Dia yang mengenakan jubah dan berkaca mata kelihatan tersenyum manis apabila diusik oleh rakan-rakannya.

Dalam pada masa yang sama, ada seorang tetamu yang hadir ke majlis tersebut ‘request’ kepada Anuar Zain untuk mendendangkan sebuah lagu.

Anuar Zain nyanyi sambil hidangkan teh tarik

Penyanyi terkenal itu tanpa sombong selamba sahaja melayan permintaan tetamu yang hadir sambil tangannya sibuk menghidangkan teh tarik.

Anuar Zain sudah jarang muncul di kaca TV

Anuar Zain yang kini sudah jarang muncul di kaca TV itu menyanyikan lagu “Lelaki ini” sambil diringi pujian daripada tetamu yang turut hadir.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan sehingga kini video tersebut berjaya meraih hampir 110,000 tontonan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Video Dakwah (@videodakwah.my)

Netizen mendoakan lebih ramai artis berhijrah 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar artis-artis yang mula berhijrah kekal istiqamah di jalan Allah.

Ini antara komen-komen netizen:

“seronok tengok muka-muka kegembiraan orang-orang yang keluar mencari ilmu dan beribadah ni.”

“Alhamdulilah syukur kepada Allah kerana Allah dah pilih mereka untuk perlahan-lahan berubah menjadi lebih baik.”

Suatu hari nanti aku akan berubah macam diorang

“Harap suatu hari nanti aku akan berubah sepenuhnya menjadi macam diorang. InshaAllah sekarang ini tengah pelan-pelan cuba untuk berubah ke jalan Allah”

Alhamdulillah, tumpang gembira

“Tumpang gembira untuk diorang semua. Alhamdulillah ya Allah”

Nabil keluar tabligh selama 3 hari

Terdahulu, Nabil mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari dan sepat berkongsi pengalamannya.

Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.

Umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini

“Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.”

“Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi.”

“Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu,” luahnya.

3 hari inilah hari paling malu dalam hidup saya

“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya malu ustaz. Saya tak pernah rasa semalu ni.”

“Saya berazam lepas ni saya keluar 40 hari, lepas tu kita keluar 4 bulan. Doakan abang Nabil, abang Nabil azam bawak kawan-kawan.”

3 hari yang cukup bahagia

“3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

“Saya hanya minta (netizen) terus doakan saya istiqamah sebab agama ini tidak bermusim.”

“Saya minta Allah beri saya kekuatan untuk buat dakwah kecil di kalangan rakan-rakan selebriti.”

Kredit: YOY Network