[VIDEO] Sharifah Sakinah Terkejut Kekasih Hatinya Lancar Baca Alif Ba Ta

Memandangkan ramai sudah mempertikaikan tentang status hubungan antara pelakon Sharifah Sakinah bersama dengan kekasih hatinya dari Sweden itu, pelakon tersebut masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali menyuruh netizen untuk tunggu beberapa bulan lagi sebelum beliau mengumumkan sesuatu.

22 Disember lepas, pelakon tersebut ada memuat naik satu video pendek menunjukkan beliau sedang mengajar kekasihnya iaitu Michael Hansen untuk membaca alif ba ta.

Tanpa disangka Michael dapat menyebut setiap huruf dengan lancar sehingga Sakinah sendiri terkejut dengan perkara itu.

“Wah, you quite good eh. Laju, bagus dia!”

Hanya segelintir sahaja yang gembira dengan perkara itu manakal selebihnya lagi mengecam Sakinah dengan menganggap beliau hanya menunjuk-nunjuk.

 

Terdahulu Sharifah Sakinah mendedahkan akan menamatkan zaman jandanya dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.

Memilih tarikh berkenaan kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

“Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda,” katanya.

Menerusi satu temu bual program televisyen, Sakinah berkata meskipun sudah berumah tangga dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan tidak berhasrat untuk berpindah ke Sweden.

“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini. Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah yang dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan apa yang dikongsikan menerusi temu bual itu dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat.

“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya.