[VIDEO] “Siapa gelak kalah,” Telatah Comel Yaya Jeling Kamera Tarik Perhatian Netizen

Sebut sahaja nama Yaya si cilik ni, terbayang teletahnya dengan loghat kedahnya yang memang ‘piaww’ pekat!

Bukan sahaja comel, namun yaya juga sangat petah bercakap dan dikatakan matang oleh kerana didikan yang bagus daripada ibu dan ayahnya.

Pendek kata, boleh cair kalau siapa yang lihat teletah Yaya ni!

Yaya yang semakin dikenali ramai di applikasi Tiktok memuat naik satu video baru-baru ini dan difahamkan video tersebut ‘dipetik’ sewaktu yaya sedang live bersama ayahnya.

Menerusi perkongsian video daripada @aisyahmhtr, kelihatan Yaya dan ayahnya sedang membuat live di TikTok sambil diperhatikan oleh 1,500 viewers.

“Yaya gelak ka? Abi gelak ka? Yaya ka gelak? Aunty uncle ka?” katanya tidak berhenti

Apa yang lebih membuatkan netizen terhibur ia dilihat bermain game tahan gelak bersama ayahnya. Dia sempat menjeling ke arah kamera konon ingin memerhati jika viewersnya juga tergelak.

Oleh kerana terbaca komen-komen lucu daripada viewers mereka dan terhibur dengan gelagat Yaya, akhirnya ayah yaya tidak dapat menahan ketawa.

“Fine-fine uncle gelak, malas lah main macam ni. Yaya tak pernah tak hiburkan orang, aunty uncle kalah!” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 2.7M tontonan, 295.2k tanda suka dan 6028 komen.

@aisyahmhtrKenapa cute sangaaaat, thank you @yaya_translator sebab buat aunty uncle gelak 😂♬ original sound – Aisyah

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Yaya comel dan ada juga yang berharap agar satu hari nanti anak mereka pintar seperti Yaya.

 

“jelingan tuu ya Allah comelnyaa yayaaa”

“belum apa-apa lagi aku dah gelak”