[VIDEO] Suami Imamkan Solat Masa Bulan Madu, Ayda Jebat Terharu

Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Bagaimanapun, sudah tentu seseorang wanita mendambakan suami yang baik dan soleh yang boleh membimbing seisi keluarga menuju ke jalan diredhai Allah.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat memuat naik sebuah video di Instastory miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Video tersebut memaparkan suaminya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir atau Nabil Mahir baru selesai mengimamkan solat mereka berdua.

“Saya sungguh bertuah awak hadir dalam hidup saya,” tulis Ayda dalam video tersebut.

Menerusi video berdurasi lima saat itu, Ayda turut meluahkan rasa bertuah kerana lelaki tersebut hadir menjadi peneman hidupnya.

Umum tahu, mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu. Kini, sudah lebih seminggu mereka berkahwin dan sedang bercuti menikmati bulan madu di Langkawi.

Pasangan mempelai Nabil Mahir dan Ayda Jebat mengambil keputusan untuk membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.

Menerusi hantaran dalam Instagram milik Nabil, pasangan itu terpaksa membatalkan majlis resepsi pihak lelaki yang sepatutnya berlangsung di Langkawi, Kedah pada 9 Januari lepas.

“9 Januari 2021 sepatutnya tarikh resepsi belah saya di Langkawi. Persiapan bermula selepas majlis pertunangan dan semuanya sudah siap sedia.

“Tetapi memandangkan kes sangat tinggi, kami sekeluarga ambil keputusan untuk membatalkan majlis tersebut demi keselamatan tetamu dan keluarga. Asakanl buat yang wajib, kita dah gembira,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran sama, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, memberitahu, tarikh tersebut amat bermakna buat mereka sekeluarga memandangkan ia juga merupakan tarikh kelahiran ibunya.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu.