[VIDEO] Tak Sanggup Tengok Tunang Sakit Kaki, Nabil Mahir ‘Gentleman’ Pakaikan Kasutnya Kepada Ayda Jebat

Hanya kerana tidak sanggup melihat Ayda Jebat sakit kaki, pengacara Nabil Mahir memberikan kasut yang dipakai kepada tunangnya selepas menyampaikan Anugerah MeleTOP ERA 2020, pada Ahad lalu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, meluahkan rasa terharu dan bangga mendapat pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara itu tanpa rasa malu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.

“Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini (isteri) tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv (panggilan manja Nabil),” kata Ayda.

Ayda berkongsi video aksi tunangnya pakaikan kasut.

Penyanyi lagu Temberang itu turut berkongsi video yang memperlihatkan aksi Nabil membuka kasut tumit tinggi yang dipakai kekasih hatinya dan menggantikan dengan kasutnya di laman Instagram.

Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.

Rata-rata netizen di ruangan komen perkongsian tersebut memuji tindakan Nabil yang dilihat sebagai seorang lelaki yang melayan bakal isterinya seperti seorang puteri raja.

“Aksi itu sangat romantik. Anda tidak akan jumpa lelaki yang sentiasa melayan anda seperti puteri raja. Jadi, anda bertuah bertemu dengan seorang lelaki yang ikhlas menyayangi anda.

“So sweet… saya doakan agar Nabil akan sentiasa lebih romantik dan kekal seperti sekarang sehingga sudah berkahwin. Aamiin.

“Layan tengok video ini sambil dengar lagu Better Than You… Nabil seorang lelaki yang baik untuk Ayda. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Slide kanan untuk video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Terdahulu Nabil dan Ayda telah bertunang melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis berlangsung dari kediaman masing-masing di ibu negara.

Berkongsi berita gembira, Ayda memberitahu, sebelum PKP, keluarga kedua-dua pihak berbincang untuk mengadakan majlis merisik dan bertunang pada hari jadi Nabil.

“Sejujurnya, apabila PKP dikuatkuasakan, kami terfikir untuk menunda acara. Tetapi, keluarga Nabil mahu semua berlangsung dengan cepat.

“Kalau boleh, mereka mahu kami bernikah secepat mungkin, tidak mahu tunggu lagi. Jadi, bagi menghormati permintaan keluarga, saya dan Nabil tampil dengan idea menganjurkan majlis bertunang secara online,” katanya kepada Media KL.

Ayda bersyukur majlis dirancang berlangsung dengan baik.

“Walaupun tidak dapat jumpa dan berhadapan seperti majlis orang lain, tidak merasa seperti apa yang orang lain rasa, kami tetap gembira dapat merealisasikan kehendak keluarga mengikut adat,” katanya.

Tambah Ayda, jika diikutkan, Ayda dan Nabil sebelum ini memutuskan untuk tidak bertunang, namun, demi permintaan keluarga, mereka akur.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, pelakon dan penyanyi ini perlu menghormati kedua-dua keluarga dan bakal mengumumkannya, tidak lama lagi.

“Tarikh sudah ditetapkan tapi masih belum boleh dikongsi. Jangan risau, kami akan hebahkan kelak,” katanya.

Majlis bertunang atas talian itu disertai kira-kira 20 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Ayda yang mula rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu, menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

“Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa.

“Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin,” katanya.

Sebelum ini, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadinya yang ke-28 pada 17 Mac yang lepas.